02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
Sister's Little Diary: <b>Tanjung Dawai</b> Revisited Posted: 09 May 2013 01:48 AM PDT Exhausted. Sangat-sangat. Bertabahlah Murni! Tiada yang lain hanyalah sedikit ujian dariNya. Sakit kepala tak mau hilang. Badan pun cepat ja layu. Getting older. Semoga Allah terus memberikan kekuatan. Chek nak berjuang ni...untuk study, untuk kerja, untuk keluarga. Permudahkanlah ya Allah. Cerita pi Tanjung Dawai hari tu tak habis lagi kan...? Hehe...takdak apa cerita sangat pun. Gambaq pun tak banyak. Orang ramai di Tanjung Dawai masa hari cuti tu. Pekan yang kecik cinonet tu sesak dengan deretan kenderaan parking di bahu jalan. Mood nak capture gambaq banyak2 pun ke laut lah! So, tiada gambaq hasil laut yang diborong, hatta gambaq semasa memborong. Lepas teman mak bonda shopping kat kompleks jeti Tanjung Dawai, kami pi isi perut. Brunch. Masa tu jam lebih kurang 11 pagi. So..belum lunch time lah. Menu..macam biasa...bihun sup. Simple. Tak heavy. Kopi o panas tak dilupakan. Mak bonda dengan laksa dan cendol pulut. Cendol pulut tak best kata beliau, too sweet. Terlebih gula merah..santannya kurang. Bihun sup okey. Just nice. Laksa pun kureng pedas. Tak taste mak bonda. Dia suka kuah pedas. Apa pun..depan rezeki tak boleh merungut. Ni sekadar review. Citarasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Ni la gerai yang kami singgah 'brunch' hari tu. Jalan dengan mak ni, dia kira mudah ja. Malas nak pikir penat-penat..'nak makan tang mana'...dan sebagainya. Janji boleh alas perut, kedai bersih. Cukup dah. Hajat hati nak singgah makan kat Naim Gulai Semilang masa on the way balik, tapi apakan daya. Terbantut hajat tengok parking bersesak kat kedai tu. Ramai orang kata sedap makan nasi gulai panas kat situ...gulai semilang la of course. Ni la kompleks Jeti Tanjung Dawai..tempat membeli-belah barangan hasil laut. Mak bonda beli belacan, stok ikan kering, udang kering dan keropok lekor. Chek tumpang sekaki, beli keropok belinjau. Kebetulan ada kat situ. Susah nak jumpa keropok belinjau. Bila nampak, terus beli! Kali terakhir mai last year...jeti ni belum berbumbung. Alhamdulillah...dah ada penambahbaikan. Tak kena panas, tak kena hujan. Untuk kemudahan rakyat. Ini saja buah tangan dari Tanjung Dawai untuk uols semua... Minggu ni chek busy sangat. Nak siapkan assignment, deadline minggu depan. Oleh itu, chek blogwalking slowly macam see-phoot...boleh noo...? Okeh.."lagu mana pun untuk hangpa...!" Jangan lupa dengaq pi mai fm..channel favorite buat masa ni..haha... *tiba-tibaaaa! Love, Murni Alfathunnisa XOXO :D |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan