di negeri kedah - Google Blog Search |
Munajat Kemuncak PRU 13 Peringkat <b>Negeri Kedah di</b> Pondok <b>...</b> Posted: 03 May 2013 09:13 PM PDT LAPORAN SINAR HARIAN 5.5.2013 Umat Islam usah berpuak-puak 5 Mei 2013 ALOR SETAR - Umat Islam dinasihat agar tidak berpuak-puak dan bersatu menentang musuh Islam, selain memastikan memilih pemimpin yang adil pada PRU13 ini. Tokoh Ulama Kedah, Syeikh Tuan Guru Salleh Musa berkata, wajib menyokong parti yang memperjuangkan Islam manakala haram menyokong parti yang menentang Islam. "Golongan ulama mahu selamatkan negara, bukan khianat. Ketika mengundi, tanamkan niat untuk kembangkan agama Islam," katanya. Menurutnya, rakyat wajar memilih parti yang akan menjadikan Islam sebagai panduan hidup selain memilih parti yang akan memegang amanah rakyat dan negara. "Wajib juga kita memilih parti yang akan beri pendidikan berkualiti sepanjang hayat, termasuk menyediakan kemudahan kesihatan berkualiti dan agih kekayaan secara saksama dan menghapuskan kroni," katanya. Salleh yang juga Penaung Madrasah Ar Rahmaniah berkata, setiap umat Islam wajar menjaga hati agar menjauhi sikap riak, takbur atau sombong, selain berjuang dengan hati yang bersih. "Jika hati tidak elok, sukar untuk mana-mana pihak menuju ke Putrajaya. Buat kerja mestilah ikhlas dan betulkan hati untuk jalankan syariat Islam," katanya. Beliau turut menasihatkan agar dihargai nikmat yang ada, agar ALLAH SWT akan menambah nikmat itu. "Jangan melihat siapa calon bertanding, yang penting adalah calon yang ikhlas, itu adalah pintu kejayaan. "Ketika mahu mengundi, bacalah 'Bismillah' dan niat untuk kembangkan Islam. Mintalah bantuan kepada ALLAH agar dapat laksanakan hukum ALLAH," katanya. |
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan