Jumaat, 7 Jun 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Celoteh Along: Kolej Matrikulasi Kedah, <b>Changlun</b>

Posted: 30 May 2013 03:45 AM PDT

As salam,

26/05/2013 - Sunday

Hari ini aku ke utara tanahair...Menghantar si Aishah sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Kedah di Changlun...Baru sampai dari selatan dah ke utara pulak aku ni kan...Jauh perjalanan luas pemandangan....

Kita orang bertolak dalam pukul 10.30am...Kalau ikutkan perancangan hubby aku, dia nak bertolak lagi awal iaitu selepas Subuh...Biar benar you ni abang....Awat dok awal sangat...Tapi macam biasalah kan...Tunggu bini kesayangan dia ni kemas barang, mandi, bersolek dan sebagainya, maka itu yang delay sampai ke 10.30am tu...hehehe...Sorry abang....

Perjalanan memakan masa lebih kurang 5.5 jam....Omak aiiii!!! Jauh betul Chaglun ni....Nun kat ujung sinun...Memang terasa lama nak menyampaikannya...Anyway, alhamdulillah kita orang sampai kat area situ dalam pukul 4.30pm....Hubby aku drive sangat berhemah dan tak speeding....Sayang diaa....


Kita orang overnight kat The University Inn...Satu penginapan/hotel dalam Universiti Utara Malaysia (UUM)...Very affordable iaitu RM105.00 semalam...Masa aku call buat booking, katanya hanya bilik standard aje yang ada (2 katil single)...Aku fikirkan mestilah normal standard room, so aku pun terus booking 2 units...Rupanya, bilik standard punya lah luas...It's actually macam studio apartment yang boleh memuatkan 5 orang dalam satu unit...Kalau aku tahu aku booking satu unit aje...Nak buat macamanakan...Tak apalah demi keselesaan semua...

Lepas check in, kita orang keluar semula....Pergi pusing-pusing kat pekan Kangar and Arau and terus dinner kat area situ...Malas nak keluar-keluar lagi lepas ni...Nak rehatkan badan yang dah sememangnya lesu sangat dah rasanya ni....

27/05/2013 - Monday

Seawal pukul 7.30am, kita orang dah check out dari hotel...Perjalanan dari UUM ke Kolej Matrikulasi Kedah memakan masa lebih kurang 10 - 15 minit aje...Tak jauh sangat pun...Sebelum tu, kita orang singgah breakfast dulu kat Gerai Nasi Jagung Yusuf Jan...Excited pulak aku nak try...Aku order nasi jagung makan dengan ayam goreng dan kuah campur...Sedap jugak...Habis licin sepinggan aku makan....


Selesai breakfast, terus ke kolej untuk urusan pendaftaran Aishah...Hanya pelajar yang dibenarkan untuk membuat semua urusan...So ibu bapa diminta tunggu di khemah yang disediakan...Kebetulan ada pulak gerai jualan ala-ala pasar malam kat tepi khemah menunggu tu...Dapat jugaklah aku cuci-cuci mata sementara menunggu Aishah....
Habis urusan pendaftaran, terus kita orang ke asrama penginapan pelajar...Ditempatkan di Block C, Aishah berkongsi dengan 3 orang lagi dalam satu bilik...Sementara hubby aku dan Adam, memunggah barangan Aishah dari kereta, aku pulak tolong mengelapkan meja dan almari...Kesian pulak kalau tak ditolong....Sebabnya lepas ni, Aishah akan sibuk dengan minggu orientasi dia...
Tips untuk ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke asrama/kolej, berikut adalah senarai beberapa barangan yang perlu dibawa : 
  1. kain buruk - untuk mengelap almari pakaian yang berhabuk
  2. feather duster/penyapu bulu ayam
  3. wrapping paper - untuk melapikkan rak dalam almari
  4. pita pelekat/cellophane tape - untuk melekatkan wrapping paper tadi
  5. gunting/pisau - 
  6. hangers/penyangkut baju
  7. cadar/sarung bantal/selimut/bantal 
  8. baldi kecil
  9. baldi besar
  10. gayung
  11. toiletteries
  12. stationeries
  13. sabun basuh baju and softener
  14. berus baju
  15. baju kurung secukupnya 
  16. lingeries 
  17. baju sukan
  18. kasut sukan
  19. selipar
  20. telekung/sejadah
  21. kain batik
  22. baju tidur
  23. kasut (aku sediakan 2 pairs of flat shoes untuk kegunaan dia)
  24. Towel
  25. Bekalan makanan (biskut/minuman 3-in-1)

Ini adalah antara barang-barang yang perlu untuk kegunaan mereka semasa diasrama....

Pukul 11.00pagi, ibubapa/penjaga di arahkan ke dewan untuk mendengar taklimat...Sepanjang 2 jam taklimat tu, hubby aku dan aku terpaksa berdiri sebab dewan dah penuh...

Habis taklimat, kita orang keluar sebab nak cari sedikit barang lagi untuk Aishah....Sempat jugaklah aku singgah lunch kat KFC and tapaukan untuk Aishah...

Tepat jam 4.30pm, semua ibubapa/penjaga harus meninggalkan kawasan kolej...Inilah masa yang paling aku benci...Sejak semalam aku try nak control kesedihan aku especially depan Aishah tapi end up berderai jugak airmata aku ni....Tak boleh nak tahan tau!! Sorrylah Aishah, mama kau ni 'Neng Yatimah'...Senang benar menangis...Tengok drama sedih aje, habis tisu separuh kotak...Iyelah aku gunakan buat lap hingus, lap airmata...Tengok iklan sedih, berjurai-jurai airmata jugak...Tengok cerita Ombak Rindu kat wayang, sampai bengkak mata aku menangis...Baca email kisah sedih, pun boleh buat aku nangis...Sok set sok set menarik hingus....hmmmm

Walaupun Aishah dah pernah duduk asrama selama 5 tahun tapi aku tetap menangis jugak...Sebabnya apa tau, kali ini kolej dia lebih jauh...Tak mungkin aku boleh jenguk dia selalu...Itu yang buat aku sedih tu...

Guess what, dah masuk dalam kereta and sepanjang perjalanan pun aku still menangis...Nasib baik hubby aku dah faham sangat perangai bini dia ni...Untuk memujuk hati sedih aku ni and ditambah pulak keesokannya itu adalah birthday aku, terus hubby aku plan nak overnight kat Lumut...Yeayyy!!! suka...If lke this, aku bolehlah nangis lagi...Boleh dapat holiday selalu...hehehe...Larikkksss

Buat anakku Nik Nur Aishah, belajar rajin-rajin ye...Jadiklah contoh yang terbaik buat adik-adik...Ayah dan mama sentiasa memberikan sokongan yang padu dan tak berbelah bagi buat Aishah...We love you so much dear...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan