ads

Ahad, 2 Jun 2013

02 di gurun kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di gurun kedah - Google Blog Search


Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW <b>Di Gurun</b>, <b>Kedah</b> | Hans

Posted: 06 Dec 2011 03:33 AM PST

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Hans. Alhamdulillah pada hari ini gua berkesempatan berkunjung ke Pameran Pedang Nabi Muhammad S.A.W. Khazanah Tamadun Islam serta melihat Koleksi Sejarah Seni Silat Pusaka Gayong yang berlangsung di Dewan Sri Zaleha(NAZA), Gurun, Kedah bermula dari 5 Disember 2011 dan akan berakhir pada 19 Disember 2011. Objektif pameran ini ialah untuk memupuk rasa kecintaan yang tinggi kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dan semoga ia menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam terhadap perjuangan menegakkan Islam di jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. Harga tiket pula hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak - kanak. Dibuka bermula pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam sepanjang pameran ini berlangsung.
Apa yang gua seronok sangat pergi ke pameran ini ialah gua dapat melihat pelbagai jenis replika yang dibuat seperti bahan asal dan sememangnya amat membuatkan gua teruja. Bayangkan ada beberapa buah pedang sahabat baginda yang tingginya lebih kurang sama dengan gua dan beratnya melebihi 2 kilogram. Memang betul - betul buat gua rasa bertuah sangat kerana berpeluang melihat sendiri depan mata. Selain itu juga gua berpeluang melihat pelbagai lagi benda seperti capal, tapak kaki di batu, tongkat, busur dan macam - macam lagi lah. Satu lagi yang membuatkan gua terasa begitu bersyukur dengan hidup gua apabila gua berpeluang melihat replika rumah Rasullullah dimana luasnya rumah baginda rasa - rasanya sama luas dengan bilik tidur gua atau pun kecil sedikit jer daripada bilik tidur gua. Bilik tidur gua pun bukan lah besar mana dan bayangkan ini ialah keluasan rumah baginda. Memang betul - betul membuatkan gua rasa insaf, bersyukur dan cukup kagum dengan kesederhanaan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Jadi, kepada masyarakat negeri Kedah khususnya yang tinggal berdekatan Gurun serta dari negeri - negeri jiran yang terdekat seperti Perlis, Pulau Pinang dan Perak diharap mengambil kesempatan dan peluang ini untuk melihat dan merasai sendiri artifak, suasana, replika dan pelbagai lagi keistimewaan yang ada di Pameran Pedang Nabi Muhammad SAW yang kini sedang berlangsung di Gurun, Kedah ini. Selamat berkunjung ke sana!
P/S : Betapa Kagumnya Aku Dengan Kesederhanaan Dan Rasa Syukur Yang Nabi Muhammad S.A.W Tunjukkan Pada Umatnya! Maka Janganlah Kita Sentiasa Merungut Tentang Kekurangan Yang Ada Pada Kita! (^_^)Y

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved