Sabtu, 22 Jun 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


MINI Countryman kini dipasang <b>di Kulim</b>, Kedah – harga RM30K <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2013 05:35 AM PDT

MINI Countryman CKD 1 MINI Countryman kini dipasang di Kulim, Kedah   harga RM30K lebih rendah berbanding versi CBU

Laman Cars, Bikes, Trucks (CBT) hari ini melaporkan versi pemasangan tempatan bagi model MINI Countryman telah bermula di kemudahan pengeluaran milik BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah. 

Dua varian ditawarkan iaitu MINI Cooper Countryman dan MINI Cooper S Countryman ALL4, masing-masing dengan kuasa 120hp dan 184hp yang dijana daripada enjin 1.6 liter. Bagi varian MINI Cooper S Countryman ALL4, kuasa enjin yang lebih tinggi terhasil melalui bantuan sistem pengecas turbo twin-scroll dan suntikan terus.

Oleh kerana ianya adalah program CKD, maka harga bagi MINI Cooper Countryman dan Cooper S Countryman telah menurun dengan ketara kira-kira RM30,000.00. Harga asal bagi kedua-dua model masing-masing sebanyak RM248,888.00 dan RM285,888.00, menjadikan harga barunya kini ialah RM218,888.00 dan RM258,888.00 (OTR tidak termasuk insuran, dengan pakej servis MINI Tender Loving Care).

MINI Countryman CKD 2 MINI Countryman kini dipasang di Kulim, Kedah   harga RM30K lebih rendah berbanding versi CBU

Menurut BMW Group Malaysia, model MINI Countryman yang dipasang secara tempatan tidak mempunyai perbezaan dari segi ciri-ciri yang ditawarkan jika dibandingkan dengan model yang diimport sepenuhnya sebelum ini.

MINI Countryman merupakan model pemasangan tempatan yang kelima diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia sejak kemudahan pengeluaran syarikat dari Jerman itu beroperasi di Kulim mulai tahun 2008. Setakat ini kilang tersebut telah mengeluarkan lebih daripada 12,000 unit kenderaan.

Dr.Gerhard Pils, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, suatu lagi pencapaian signifikan telah tercapai hari ini sepanjang tempoh 10 tahun mereka beroperasi di sini, di mana MINI bukan saja buat pertama kalinya dipasang di Malaysia, malah juga yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan