Rabu, 5 Jun 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Seram : Misteri Kilometer 20.6 <b>Di Kulim</b> Kedah, Tagih Darah <b>...</b>

Posted: 01 Jun 2013 03:36 AM PDT


KULIM -Sehingga kini lebih 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim di mana ia melibatkan 35 kematian.

Daripada jumlah ini, 90 peratus mangsa terdiri dari kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuk menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan bagaimanapun ia terus meningkat setiap hari.

Terdapat beberapa jalan utama di sini dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya Kilometer (KM) 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi.

Anggap kawasan puaka

KM 20.6 dikatakan kawasan paling merbahaya apabila kemalangan maut melibat penunggang motosikal sering berlaku.

Difahamkan, antara faktor menyumbang kepada kemalangan itu adalah keadaan jalan terlalu gelap pada waktu malam.

Sehingga kini, lebih tujuh kematian dilaporkan di sekitar KM 20.6 dan ada penduduk di kawasan itu beranggapan ia berpuaka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad berkata, terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu lebuh raya di KM 20.6 itu 'inginkan' mangsa.

"Keadaan ini mungkin disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform terbabit yang sering membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

"Sebelum kejadian berlaku aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan menjadi tenang, namun secara tiba-tiba kemalangan maut berlaku di kawasan itu.

"Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan itu termasuk alam ghaib dan misteri. Apabila pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhluk halus musnah," katanya.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di KM 20.6, maut.

Makhluk halus merangkak

Rosli berkata, makhluk halus itu boleh berupa manusia separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan, selalunya selepas hujan di sebelah petang atau malam.

Katanya, makhluk itulah yang menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga mengakibatkan ramai penunggang maut di kawasan itu. Selain itu mangsa terlibat selalunya akan mengalami kecederaan parah.

"Makhluk yang merupakan penunggu di kawasan itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Itulah sebabnya mangsa yang terbunuh di kawasan itu akan kehabisan darah.

"Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya," katanya.

Masih jadi tanda tanya
Kira-kira jam 4 pagi semalam, seorang lelaki berbangsa Inggeris bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech berusia 40-an membuat laporan polis apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang.

Menurut mangsa, apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga itu, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

Perkara sama berlaku pada seorang pekerja industri yang melalui jalan sama selepas melakukan kerja lebih masa.

Tiba di jalan terlibat, mangsa ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan.

Sebaik sahaja melepasi lembaga itu, hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan.

Walaupun kejadian aneh itu menjadi tanda tanya, tetapi kemalangan maut di sekitar kawasan terlibat masih berlaku.

Dia meminta pengguna jalan raya lebih peka apabila melalui kawasan itu. Terkini, seorang remaja berusia 19 tahun turut menjadi korban di KM 20.6 apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

p/s : Mulakan perjalanan anda dengan Doa.. 

Saifuddin Nasution Lupa Kut Yang Dia Bertanding <b>Di Kulim</b>-Bandar <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 10:53 PM PDT

Saifuddin Nasution yang dikenali sebagai KATAK MEGA, kali ini melompat pula ke Kulim-Bandar Baharu dari Machang, Kelantan. Penjilat tegar Anwar Ibrahim dan merupakan seorang oportunis yang amat sedar, di dalam UMNO, dia hanyalah malukut, Saifuddin pada mulanya melompat ke dalam PAS sebelum beralih pula ke PKR memandangkan skop serta peluangnya dalam PKR lebih besar, luas dan terbentang.

Dari Lunas ke Machang, Saifuddin Nasution tidak memberikan sebarang impak atau perubahan kepada masyarakat yang diundinya. Bahkan muka dan batang hidung Saifuddin Nasution di kawasan yang diwakili juga amat payah untuk dilihat sehinggakan ada yang mengatakan, Saifuddin Nasution kerap tersesat dan tersasar masuk ke kawasan lain apabila dia cuba berlakon mengambil berat hal rakyat.

Satu-satunya kekuatan Saifuddin Nasution adalah sikap pengecut semulajadinya. Saifuddin yang diketahui dari zaman Reformasi merupakan antara pengecut yang banyak bercakap tetapi apabila dilihat cakap-cakapnya boleh menyebabkan dia terkantoi, dia akan segera menyerahkan perkara yang dibangkitkannya itu kepada orang lain.  Sedangkan dia sendiri, lari tak cukup tanah menyelamatkan diri sepertimana yang berlaku pada tahun 1998.

Begitulah dalam kes NFCorps yang akhirnya menyebabkan Rafizi Ramli dan Zuraidah Kamaruddin terkantoi besar apabila disaman. Lebih teruk lagi, Rafizi Ramli bakal berhadapan dengan penjara tiga tahun kerana melanggar undang-undang BAFIA walaupun para pecacai Pakatan cuba melindungi Rafizi Ramli dengan Akta Pemberi Maklumat.

PRU13, Saifuddin Nasution bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu sebagai calon PKR. Kod untuk kerusi berkenaan adalah P018. Yang menanti Saifuddin Nasution adalah Aziz Syeikh Fadzhir, Ketua Bahagian UMNO Kulim-Bandar Baharu yang dicalonkan semula walaupun kalah pada tahun 2008.

Berbanding Saifuddin Nasution, Aziz lebih dikenali oleh penduduk dan pengundi tempatan. Sekalipun kesibukannya sebagai ahli perniagaan, Aziz masih kerap menjenguk kawasan dan mengambil tahu permasalahan penduduk Kulim-Bandar Baharu meskipun dia tidak berkuasa.

Bagaimana pula dengan Saifuddin Nasution? Berapa kali dalam setahun Saifuddin datang ke Kulim-Bandar Baharu? Kalau tak ada pemandu, agak-agaknya, Saifuddin boleh sampai atau tidak ke Kulim? Saifuddin tahu atau tidak di mana letaknya Kulim?

Seharusnya Saifuddin Nasution dan konco-konco serta agen-agen pilihanrayanya menceritakan segala-gala kebaikan yang telah dilakukan oleh Saifuddin Nasution ketika dia menjadi wakil rakyat LUNAS dan MACHANG.

Dan kebaikan serta menfaat apa pula yang akan dibawa oleh Saifuddin Nasution ke Kulim-Bandar Baharu? Apakah selepas diberikan kemenangan dan amanah, maka Saifuddin Nasution yang sudah biasa lompat serta tidak bertanggungjawab, akan kembali ke perangai asalnya?

Segala-galanya tidak mustahil apabila membabitkan Saifuddin Nasution.

Disebabkan itulah, dia TERLUPA YANG P108 bukannya KULIM-BANDAR BAHARU TETAPI SHAH ALAM manakala P018 adalah kod sebenar KULIM-BANDAR BAHARU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan