02 di langkawi - Google Blog Search |
Kastam rampas dadah bernilai RM600,000 <b>di Langkawi</b> ABN News <b>...</b> Posted: 24 Jun 2013 11:49 PM PDT ALOR SETAR – Pasukan Kastam Kedah mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 3.501 kilogram oleh seorang wanita warga Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), Jumaat lepas. Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif berkata, dadah bernilai kira-kira RM665,190 itu dikesan melalui imbasan terhadap beg pakaian wanita berumur 28 tahun itu sebaik dia tiba di LTAL kira-kira pukul 11 pagi. Katanya, pegawai kastam yang membuat imbasan mencurigai sesuatu dalam beg pakaian wanita itu lalu membuat pemeriksaan lanjut dan menemui satu bungkusan syabu dibalut dengan kertas aluminium disorok di dalam beg berkenaan. Hasil siasatan lanjut mendapati wanita itu pergi ke India pada 17 Jun dan dan pulang memasuki Malaysia melalui KLIA untuk ke Langkawi. Pihak kastam percaya penyeludupan dadah itu didalangi sindiket antarabangsa yang menggunakan wanita sebagai keldai untuk membawa masuk bahan larangan itu untuk dipasarkan di Langkawi, kata Abdul Aziz pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini. Beliau berkata, wanita itu juga didapati buat pertama kali mengunjungi negara ini pada Disember tahun lepas. Dia kini ditahan reman selama seminggu bermula 21 Jun. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan