ads

Isnin, 24 Jun 2013

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Himpunan Black 505 <b>di</b> Padang <b>Merbok</b> ditunda 22 Jun <b>...</b>

Posted: 09 Jun 2013 10:02 PM PDT

Pakatan Rakyat telah memberikan notis untuk mengadakan perhimpunan aman Black 505 di Padang Merbok yang mulanya dijadualkan pada 15 Jun 2013 dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh pihak berkuasa.

Penganjur juga menerima nasihat kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tidak mengadakannya di Dataran Merdeka, walaupun itu adalah tempat perhimpunan yang dituntut oleh banyak pihak.

Saya mengambil kira rayuan pihak-pihak yang telah pun mempunyai perancangan program di Padang Merbok pada 15 Jun 2013.

Rafizi lagiSetelah berbincang dengan IPD Dang Wangi, penganjur membuat keputusan untuk menukar tarikh perhimpunan aman Black 505 Padang Merbok ke minggu yang seterusnya iaitu pada 22 Jun 2013 bermula jam 12 tengahari.

Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013 telah pun dibuat pada hari Jumaat 7 Jun 2013, iaitu 2 hari selepas permohonan pertama dibuat.

DBKL juga telah mengesahkan bahawa semasa permohonan dibuat pada 7 Jun 2013, tidak ada mana-mana pihak yang membuat permohonan mengadakan acara di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Oleh itu, tidak ada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini.

Saya ingin mengingatkan Menteri Wilayah Persekutuan bahawa majoriti besar rakyat di Wilayah Persekutuan bersama-sama Pakatan Rakyat dan beliau perlulah menghormati hasrat rakyat Wilayah Persekutuan yang mahu berhimpun secara aman di Padang Merbok yang merupakan padang milik rakyat.

Notis kepada IPD Dang Wangi akan dibuat esok dalam tempoh 10 hari seperti yang dituntut oleh PDRM.

Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan oleh DBKL.

Perhimpunan aman #black505 akan diadakan pada tarikh 22 Jun 2013 (Sabtu) bermula jam 12 tengahari di Padang Merbok. Rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan menolak penipuan pilihanraya diseru turun beramai-ramai untuk menuntut 3 perkara:

1. Keseluruhan ahli SPR meletakkan jawatan serta-merta dan ahli-ahli SPR yang baru akan dilantik secara bersama dengan Pakatan Rakyat dan kumpulan civil society yang mewakili rakyat;

2. Pilihanraya semula di 30 kawasan Parlimen bila mana dibuktikan berlaku penyelewengan;

3. Hentikan sebarang usaha untuk meminda undang-undang pilihanraya atau persempadanan semula sehinggalah ahli-ahli SPR baru yang adil dilantik secara bersama seperti tuntutan (1)

Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=53211

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved