02 di merbok - Google Blog Search |
#Black 505 Diadakan <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, Kuala Lumpur - Selangorku Posted: 04 Jun 2013 10:18 PM PDT PETALING JAYA, 5 JUN: Penganjur Perhimpunan Aman #Black 505 memilih Padang Merbok sebagai tapak perhimpunan yang diadakan pada 15 Jun nanti. Menurut Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan Polis Diraja Malaysia yang menggesa perhimpunan itu tidak melibatkan Dataran Merdeka. Himpunan tersebut merupakan kesinambungan dari himpunan-himpunan yang diadakan di seluruh negara sebelum ini bagi membantah keputusan pilihanraya ke-13 yang didakwa terpesong kerana penipuan. Menurut beliau surat yang ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti itu dihantar ke Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur dan DBKL selaku pemilik padang. Menurut Rafizi lagi perhimpunan ini diteruskan bagi menolak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan menuntut reformasi sistem pilihan raya. Antara tuntutan reformasi sistem pilihan raya tersebut termasuklah menuntut semua ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan dan melantik ahli-ahli interim baru SPR dengan persetujuan bersama Pakatan Rakyat (PR), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan kumpulan rakyat lain. PR turut menuntut pilihan raya semula diadakan di kawasan yang terbukti berlaku penipuan terutamanya di 30 kerusi parlimen yang mempengaruhi keputusan pilihan raya. Manakala tuntutan ketiga pula, menuntut pindaan undang-undang pilihan raya bagi menghentikan SPR melakukan persempadan semula seperti yang berlaku sekarang sehinggalah semua ahli-ahli interim baru SPR dilantik semula. "Perlantikan ahli SPR perlu mendapat sokongan dua pertiga Dewan Rakyat dan memenuhi tuntutan BERSIH selama ini untuk memastikan pilihan raya benar-benar adil dan bersih," kata Rafizi lagi. Selain Rafizi, turut hadir dalam sidang media tersebut Ahli Parlimen Sg Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mewakili DAP dan Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dari PAS. Pendapat Anda |
You are subscribed to email updates from di merbok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan