ads

Selasa, 4 Jun 2013

02 di pendang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


mat sabu tak pernah tahu tentang pengundi siam <b>di pendang</b>!!!

Posted: 10 May 2013 06:43 AM PDT


Memang susah untuk menerima kekalahan. Apatah kekalahan tersebut diterima ketika keyakinan begitu memuncak yang sokongan padu akan diterima daripada pengundi.

Begitulah juga yang berlaku kepada Mat Sabu.

Mat Sabu bertanding di kerusi Parlimen Pendang dan kalah di tangan calon Barisan Nasional, Datuk Othman Abdul.

Berbanding mengakui kekalahannya kerana Mat Sabu sendiri gagal memahami struktur masyarakat di Pendang, Timbalan Presiden PAS itu bagaimanapun, menyalahkan pengundi-pengundi hantu yang dikatakannya sebagai masyarakat Siam di daerah tersebut.

Mat Sabu di Pendang, memang tidak buat apa-apa. Mat Sabu kurang mengerti tentang Pendang. Ketika penulis sendiri meninjau Pendang beberapa hari sebelum hari pengundian, Mat Sabu telah menipu tentang kehadirannya. Sepatutnya Mat Sabu bersolat Jumaat di sebuah masjid di salah sebuah perkampungan di daerah Pendang. Bagaimanapun, Mat Sabu tidak muncul sampai ke sudah, sebaliknya Mat Sabu berada di Johor, memberikan ceramah bagi mendapatkan sokongan untuk Lim Kit Siang.

Di Pendang sendiri, Mat Sabu lebih banyak mencipta musuh terutama dengan kem Hayati Osman, bekas Ahli Parlimen Pendang yang tidak dicalonkan semula dan tempatnya dirampas oleh Mat Sabu yang berasakan Pendang adalah daerah selamat untuknya kembali ke Parlimen.

Lawannya pula adalah Othman Abdul, anak watan yang dikenali rapat oleh sebahagian penduduk Pendang tanpa mengira parti. Malah, sebahagian besar kaum keluarga Othman Abdul juga adalah ahli PAS yang mempunyai hubungan baik dengannya.

Kesian Mat Sabu... memandangkan sekarang ini Anwar Ibrahim sedang mempopularkan trend pengundi hantu yang entah di mana duduk dan buktinya, Mat Sabu juga menzahirkan kehairanan tentang kekalahannya. Katanya, dia hairan bagaimana masyarakat Siam boleh memberikan undi kepada Barisan Nasional dan bukan kepadanya.

Justeru, dia mengesyaki Barisan Nasional telah mengimport ramai orang Siam ke daerah Pendang semata-mata untuk mengalahkannya.

Itu sahajalah alasan yang mampu diberikan oleh Mat Sabu!

Sudah-sudahlah Mat Sabu! Dah kalah tu, buat cara kalahlah! Tak payahlah guna alasan PENGUNDI HANTU. ANWAR IBRAHIM sendiri pun gagal membuktikan kewujudan 60,000 pengundi hantu yang dikatakannya. Takkanlah hanya dengan cakap-cakap boleh percaya bulat-bulat hanya kerana kata-kata itu menyebelahinya?

Yang pasti, Mat Sabu tidak dikehendaki di Pendang. Sama juga di tempat-tempat lain. Dia hanya boleh berkokok di atas pentas ceramah, tetapi tidak layak untuk menjadi wakil rakyat kerana sewaktu dia menjadi wakil rakyat dahulu pun, tak ada satu benda pun dibuatnya untuk rakyat, melainkan sibuk berceramah dan mengumpul duit dari tin milo!!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved