ads

Sabtu, 1 Jun 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


TIADA RUSUHAN KAUM <b>DI SG PETANI</b> KEDAH TERKINI

Posted: 19 Dec 2012 06:02 PM PST

Polis : Tiada rusuhan kaum di Sg Petani Kedah – terkini

Susulan daripada insiden kekecohan di Sungai Petani Kedah tempoh hari,menerusi khabar angin yang tersebar di rangkaian sosial yang mengatakan berlakunya  rusuhan dan kematian 3 lelaki adalah TIDAK BENAR

Pihak berkuasa PDRM telah mengeluarkan kenyataan tersebut kepada media,bagi menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya

kenyataan rasmi polis pergaduhan di sg petani 2012 polis : tiada rusuhan kaum di sg petani kedah

Sumber : Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia

Petikan Akhbar – Utusan : 19 Disember 2012

SIK 19 Dis. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan sebanyak 21 orang bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pergaduhan di daerah Kuala Muda dua hari lalu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan

"Berita palsu yang disebarkan ini termasuk kematian tiga atau dua orang awam telah menjejaskan proses siasatan malah menimbulkan perasaan tidak tenteram orang awam

"Polis mengesahkan tiada kematian dalam kejadian itu sebaliknya hanya beberapa orang yang cedera," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur dekat sini hari ini

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved