ads

Ahad, 23 Jun 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Dibelasah <b>di Tanjung Dawai</b> kerana pakai baju berlogo BN ABN <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 02:11 AM PDT

SUNGAI PETANI  – Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam tadi.

Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai.

"Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai.

"Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya.

Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka.

"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang masih kecil menjadi trauma," katanya.

Beliau telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Dawai selepas itu.  Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat.  – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved