Khamis, 6 Jun 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


<b>Kedah</b> timbang teruskan projek minyak <b>di Yan</b> - watan harian online

Posted: 02 Jun 2013 11:08 PM PDT

Kategori Berita Utama

Kedah timbang teruskan projek minyak di Yan

mukriz1 Kerajaan Kedah akan mengakaji kemungkinan meneruskan projek minyak dan gas di Yan Kedah yang tergantung sewaktu pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menteri Besar Datuk Paduka Mukriz Tun Mahathir berkata, sungguhpun projek tersebut merupakan sasaran kerajaan negeri, namun ianya tidak perlu diteruskan dengan tergesa-gesa.

"Projek tersebut belum lagi dumulakan, ianya tidak boleh dilaksanakan dengan kadar segera kerana ia melibatkan banyak proses," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Langkawi Development Authority dan Pekan Artisan Sdn Bhd, semalam.

Katanya, kerajaan negeri kini telah mengenalpasti beberapa pihak yang berminat untuk meneruskan projek tersebut.

"Kita masih dalam peringkat perancangan. kita akan mengumumkannya sebaik sahaja projek itu akan dimulakan," jelas Mukhriz.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional Kedah berjanji untuk meneruskan kembali projek Hab Hidrokarbaon Sungai Limau yang dahulunya dikenali sebagai Zon Industri Petrolium Yan.

Projek tersebut mula dirancang pada 2007 tetapi tidak diteruskan selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri.

Berita Bertarikh Pada 6:08 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan