Sabtu, 6 Julai 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Anak Babi Dilempar Ke Dalam Masjid <b>Di Baling</b> | kedah69ers

Posted: 02 May 2013 05:01 PM PDT

IMG-20130502-WA056

Ini sudah sampai ke tahap yang amat terdesak sebenarnya. Bahkan ia sebenarnya menunjukkan ada pihak-pihak tertentu yang sedang berusaha untuk menimbulkan pertelagahan antara kaum dan agama di negara ini, khususnya di Baling. 

Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki bernama Haji Adnan bin Awang Abdul Rahman di Balai Polis Baling berhubung kejadian membaling bangkai seekor anak babi ke dalam kawasan masjid. 

Kejadian berlaku jam 7:00 malam apabila Haji Mohd Ali bin Abdul Wahab telah menemui bangkai seekor anak babi hutan yang diletakkan di hadapan garaj serta tanda lelaki Masjid Ar-Rahmaniah, Bt 48, Bongor, Baling, Kedah. Penemuan bangkai babi tersebut segera dimaklumkan kepada Haji Rambli bin Che Awang bagi tindakan pihak masjid. 

Menurut polis, daripada siasatan yang dijalankan, bangkai anak babi tersebut telah dletakkan setelah jemaah masjid selesai menunaikan Solat Asar. Manakala daripada kenyataan dua orang saksi pula, mereka mendakwa melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux berwarna putih dengan nombor pendaftaran WNH XXX yang mempunyai bendera PAS pada bahagian bonet hadapan, berada di dalam kawasn masjid lebih kurang jam 6:45 petang. 

Bagaimanapun, apabila dihampiri, kenderaan tersebut telah dipandu secara melulu dan bergegas keluar dari kawasan masjid sebelum memecut dan menghilang. 

Tindakan meletakkan bangkai anak babi tersebut di kawasan masjid dipercayai untuk menimbulkan perasaan marah dan kurang senang penudduk kampung.

Justeru, Haji Adnan bin Awang Abdul Rahman mewakili kariah masjid, membuat laporan polis.

Bangkai anak babi berkenaan kemudiannya dialihkan oleh seorang penduduk berketurunan Siam bernama NIN a/l SAM DIN. 

Penduduk kampung kemudiannya telah dinasihatkan agar tidak membuat atau mengambil tindakan sendiri serta membenarkan pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan