Kesan pembalakan yang dilakukan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.
JITRA: Walaupun isu aktiviti pembalakan secara meluas di Pedu dan Gunung Inas di Kedah banyak dilaporkan, namun didapati masih ada lagi bukit-bukit di negeri ini digondol bagi tujuan berkenaan.
Terbaru, didapati kawasan seluas kira-kira 180 padang bola sepak di Hutan Simpan Bukit Perangin dibersihkan untuk aktiviti pembalakan.
Kerajaan negeri pimpinan PASBantah Sekolah Agama Rakyat: PAS & PKR Memenuhi Ciri Bangkang Dari Longkang. Read more … » itu dilaporkan meluluskan aktiviti penggondolan hutan di kawasan berkenaan lebih sebulan yang lalu.
Konsesi itu dipercayai dianugerahkan kepada pegawai berpangkat tinggi dalam Perkhidmatan Awam Kedah (KCS) dan tanah di kawasan itu akan ditanam semula dengan tanaman getah.
Difahamkan juga bahawa kerajaan negeri turut meluluskan kawasan seluas kira-kira 963 saiz padang bola di kawasan yang sama untuk tujuan serupa.
Datuk Johari Baharum bersama penduduk setempat ketika meninjau dengan lebih dekat kesan pembalakan yang di lakukankan di Hutan Simpan Kekal Bukit Perangin, Changlun di Kedah.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom, yang melawat tapak berkenaan selepas dua hari dimaklumkan oleh penduduk tempatan terkejut melihat keadaan bukit yang digondolkan.
Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, aktiviti pembalakan yang secara berlebihan dan berleluasa menyebabkan berlakunya pencemaran air di Sungai Kechik, Sungai Badak dan Sungai Wang Perah, yang digunakan oleh penduduk setempat.
Tiga sungai berkenaan mengalir ke Sungai Temin yang menyediakan bekalan air mentah kepada loji rawatan air Mukim Temin dan Jeragan.
"Hasil daripada aktiviti pembalakan ini juga menjejaskan aktiviti pertanian di Kubang Pasu, Temin, Hosba, Bukit Mertajam dan Malau, yang berada di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada)," katanya di sini, pada Sabtu.
Tambah beliau, walaupun aktiviti pembalakan tidak salah dari segi undang-undang, ia tidak seharusnya dilakukan sehingga menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar.
Selain itu Mohd Johari juga mempersoalkan sama ada kerajaan negeri melakukan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi tujuan pembersihan tanah di kawasan itu.
"Saya tidak fikir Jabatan Alam Sekitar akan memberi lampu hijau untuk pembalakan di kawasan itu.
"Walaupun ini bukan kawasan tadahan air, kerajaan mesti bertanggungjawab dan menjaga ekosistem," katanya.
Tambah Mohd Johari, beliau akan menulis surat kepada kerajaan negeri dengan segera bagi menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu.
Malah beliau juga akan membangkitkan perkara itu kepada Kementerian Sumber Asli dan Jabatan Alam Sekitar.
Arikel berkaitan: Hutan Kedah Terus Musnah
- Isu Air: Rakyat Kedah Bakal Kehausan, DAP Tetap KenyangRakyat Kedah mula tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai langkah …
- 355,280 Isi Rumah Di Kedah Layak Terima BR1MJITRA: Seramai 355,280 isi rumah di seluruh Kedah menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM177.63 juta termasuk 27,123 orang yang layak selepas membuat rayuan. …
- Suhakam Gesa Kelantan Selesaikan Segera Masalah Orang AsliSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan Kelantan agar menyelesaikan segera masalah membabitkan masyarakat Orang Asli di negeri itu. Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam …
- Selepas Balak Licin, Mana Lagi Azizan Nak Tala?Tidak ada apa yang mampu dilakukan selain menggeleng-gelengkan kepala melihat bagaimana kerajaan PAS Kedah memusnahkan negerinya sendiri. Oleh itu, tidak hairan ramai yang mengesyaki bahawa …
- Perlombongan Pasir Tidak Terkawal Punca Banjir Di Selangor @zinmohamedPerlombongan pasir secara berleluasa dan tidak terkawal merupakan punca utama berlakunya banjir di beberapa kawasan di Selangor sejak kebelakangan ini, dakwa ahli Parlimen Sepang Datuk …
- Mohd Zin Persoal Tindakan Segera Kerajaan Selangor Tangani Banjir @zinmohamed Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed Isnin mempersoalkan tindakan segera kerajaan negeri Selangor untuk menangani masalah banjir di negeri itu. Ahli …
- Kedah Bakal Jadi Negeri Jelapang LumpurUtusan Malaysia hari ini telah mendedahkan secara terperinci masalah pembalakan di Kedah yang meruncing. Masalah ini telah lama didedahkan oleh media alternatif iaitu blog-blog dan …
- Parlimen: Kadar Radiasi Direkod Pembangkang Tidak Tepat – OngkiliMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, dakwaan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) bahawa lokasi tapak kilang Asian Rare Earth (ARE) di …
- Hasil negeri gawat, Pas kian terdesakTUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ? cuci mangkuk? di kawasan …
- PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di KedahRADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun …
- @NajibRazak Lulus Peruntukan Buka Ladang Gaharu Di Kawasan Orang Asli – @razaleighGUA MUSANG: Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membuka ladang kayu gaharu di kawasan perkampungan Orang Asli di Gua Musang dalam masa terdekat …
Tiada ulasan:
Catat Ulasan