Ahad, 14 Julai 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


Kembara ini...: MounT <b>JeraI</b> Challenge

Posted: 02 Jul 2013 11:07 AM PDT

Assalamualaikum..

Sirkit cabaran gunung negara ketiga bagi tahun 2013 berkampung pula di Gunung Jerai, Kedah. Jika sebelum ini, Gunung Datuk(N.Sembilan) & G.Berembun memberi cabaran turun naik trek selain laluan berbatu..Jerai ada keistimewaannya tersendiri yang mampu menyajikan cabaran sesuai dengan nama : Mount Jerai Challenge.

Seperti aktiviti larian sebelum ini, semestinya aku berada dalam team SoS race walaupun kadang kala rasa macam tak layak je.Bukan kuat lari mana pun. Tapi sebab minat tu tinggi & kuat, tetap gagah berusaha sekurang-kurangnya cuba tamatkan cabaran dalam tempoh masa yang diberi.

Cuti sememangnya suatu perkara paling sukar untuk diperoleh dengan mudah. Redha je le apabila permohonan buat kali ketiga tetap dipandang sepi oleh bos gara-gara banyak baglock. Asal niat  nak cuti supaya dapat bertolak bersama peserta lain pada  petang jumaat. Niatnya supaya dapat rehat dan tidur di Kedah nanti.Kebetulan Zura pun tak dapat cuti sebab minggu audit. Jadi kami berdua terpaksalah naik bas malam sabtu..

Kami pilih bas yang boleh bertolak paling awal. 7.30 malam bas Sha****. Tapi alih2, nak cukupkan penumpang, akhirnya bas bergerak pukul 8.30-sama dengan waktu bas2 lain yang kami tolak awal2. Bas kemudiaannya singgah di Duta yang alih2 akhirnya keluar dari KL 10 malam juga..Jadi ambil pengajaran sungguh dalam memilih bas yang sesuai untuk pergi mana2 destinasi akan datang.

Tidurlah mati@lena sungguh walaupun tak seselesa katil....

Jam 12.59 aku terjaga dari tidur bila bas berhenti rehat di RTC Gopeng. Sempatlah solat & makan. Tapi peliklah pula bila lama sangat berhentinya. Rupa-rupanya bas rosak.Bahaya kalau bas naik bukit boleh undur ke belakang. Patutlah kami sampai lewat di Gopeng (1pagi). Kata driver, bas gerak 25km sejam. Kenalah tunggu bas lain sampai. Akhirnya jam 3.30 baru kami bergerak keluar dari RTC menuju ke Sungai Petani.

Alhamdulillah bas kemudiannya ok & agak laju juga. 5.30 kami tiba di Sungai Petani. Abang Mizi sedia mengambil kami menuju ke resort yang disewa oleh Am Kedah. Resort tersebut berdekatan dengan kaki gunung Jerai, yakni tapak arkeologi Lembah Bujang.

Takde rehat atau tidur lagi. Aku & Zura terus tukar baju, solat jap..Kemudian terus sertai panaskan badan dengan berjoging dari resort ke tempat berkumpul. Ramai perserta sudah bersedia. Pelbagai aksi dan ragam.Pelbagai latar belakang yang memeriahkan acara.

Kiraan saat dari 10 menghampiri 1..Peserta  dah menggeletar kaki nak berlumpa..sebaik hon berbunyi, meluru semua berlari. Aku buat santai je..Nak meredah sungai dengan titi/jambatan kecil, malas nak berebut..


tak pandai nak bercerita banyak..rasanya gambar pun dah mampu menterjemahkan sebuah peristiwa race...

Dan ini budak2 S.O.S...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan