ads

Rabu, 24 Julai 2013

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


TERKINI : Guru Mati Ditembak Di Simpang Lampu Isyarat <b>di Kulim</b>

Posted: 18 Jul 2013 02:21 AM PDT




KULIM:Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.



Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.





Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.




Guru mati ditembak <b>di Kulim</b> - Kes tembak guru kedua dalam dua <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 12:20 PM PDT

Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.
Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.
ma3Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.

Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.

Apa masalah sebenar sehingga guru-guru ini ditembak? Mungkinkah ada kaitan dengan kerjaya di Kementerian Pelajaran atau masalah yang tiada kena mengena dengan kementerian..

Jika dilihat daripada kenderaan yang digunakan kedua-dua guru yang terbunuh, mereka menggunakan kenderaan mewah. Guru biasa walaupun dengan pangkat Guru Penolong Kanan tidak mungkin berupaya memiliki kenderaan tersebut berdasarkan gaji mereka dan tanggungan sedia ada melainkan ada sumber kewangan lain atau tiada tanggungan lain seperti keluarga.

Ramai guru menjalankan bermacam-macam perniagaan. Lazimnya pertelingkahan perniagaan sering menjadi punca kepada pembunuhan begini. Tidak mungkin anak murid sendiri mengupah samseng untuk membunuh gurunya.

Namun yang lebih pelik ialah bagaimana senjata api begitu mudah didapati oleh rakyat Malaysia dewasa ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved