02 di padang serai - Google Blog Search |
- Ustaz Hamidi: Sejarah tercatat <b>di Padang Serai</b> | ISMAWeb
- Ustaz Hamidi sah bertanding atas tiket BERJASA <b>di Padang Serai</b>
- Addin: Gobalakrishnan Rayu Najib Supaya Calonkan Beliau <b>Di</b> <b>...</b>
Ustaz Hamidi: Sejarah tercatat <b>di Padang Serai</b> | ISMAWeb Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT [unable to retrieve full-text content]PADANG SERAI, 20 April - Ustaz Hamidi Abu Hassan disahkan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai pagi tadi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau akan menentang calon Barisan ... |
Ustaz Hamidi sah bertanding atas tiket BERJASA <b>di Padang Serai</b> Posted: 20 Apr 2013 02:38 AM PDT PADANG SERAI – Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan sah akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai atas tiket parti BERJASA. Penamaan calon yang diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara calon BERJASA, Barisan Nasional (BN) , Pakatan Rakyat (PR) dan calon Bebas. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai ; Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan (BERJASA) Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman. Tiada sebarang provokasi liar dicatatkan. Jumlah kehadiran penyokong dari pelbagai parti mencecah hampir 2 ribu orang. Usai proses penamaan calon, Ustaz Hamidi sempat memberikan ceramahnya kepada para penyokong beliau;
Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Padang Serai anda boleh ke laman Facebook rasmi beliau Ustaz Hamidi Bin Abu Hassan Undilah Calon Muslim Berwibawa!
|
Addin: Gobalakrishnan Rayu Najib Supaya Calonkan Beliau <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 09 Apr 2013 06:17 PM PDT Anggota Parlimen (MP) Padang Serai N Gobalakrishnan memohon jasa baik Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak membenarkan beliau menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau memenangi kerusi Parlimen Padang Serai atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dan mengumumkan keluar parti itu dan menjadi Anggota Parlimen bebas awal tahun lepas. Gobalakrishnan yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Perkemas) berkata beliau berharap permohonan itu dapat dipertimbangkan berdasarkan kerja keras beliau bertungkus lumus sejak lebih tiga tahun lalu berkhidmat kepada masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut. "Selepas saya keluar daripada PKR, berbagai program diatur untuk kemudahan penduduk sekitar Lunas dan Paya Besar dan telah ramai pengundi-pengundi yang satu ketika dulu condong kepada pembangkang kini menyokong kerajaan BN," katanya kepada pemberita di Paya Besar di Kulim hari ini. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Penasihat Undang-Undang Perkemas Saiful Ambar Abdullah Ambar dan Presiden Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Kedah Khairul Anuar Ramli. Katanya jika hasratnya tidak menjadi kenyataan, beliau berharap isterinya M Vasanthi, 53, akan menjadi calon alternatif. Beliau yakin Naib Presiden PKR R. Surendran yang diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen itu oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan hilang wang pertaruhannya kerana kemunculan Surendran membawa isu-isu lapuk mengenai masyarakat India tempatan sejak sebulan dua lalu memualkan masyarakat di Kulim. ~bernama |
You are subscribed to email updates from di padang serai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan