Khamis, 25 Julai 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Plant Nursery in <b>Sungai Petani</b> zamzoro.com

Posted: 01 Jul 2013 07:05 PM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();
↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ Klik Sana ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑ ↑

"Plant nursery in Sungai Petani", tajuk je Bahasa Inggeris, tapi isinya dalam Bahasa Melayu… huhu…. Nak guna perkataan tapak semaian macam tak berapa nak glamour. So, aku rasa tajuk Plant nursery in Sungai Petani nampak lebih hot.

Masa hujung bulan Mei yang lepas, aku apply cuti rehat. Masa tu aku balik kampung kat Sungai Petani. Dah ambil cuti panjang, tak naklah aku terperap kat KL. Jemu lepak kat sini, asyik-asyik tengok hutan batu. Eh… hutan batu tu cuma perumpamaan aku je. Jangan pula korang berimaginasi membayangkan hutan batu yang real pula… hoohoo….

Plant nursery in Sungai Petani: Satu pengalaman, satu cerita.

Plant nursery in Sungai Petani - Lot Greens

Tempat yang aku pergi masa cuti, Lot Greens.

Mak aku memang minat dengan pokok-pokok bunga. Hobi mak aku adalah berkebun. Macam-macam pokok dia tanam kat rumah. Dia tanam pokok buluh, pokok bunga, pokok pisang, cili, rumput pun dia tanam juga tau. Aku tengah tunggu bilalah dia nak tanam pokok kacang ajaib pula. Boleh nanti aku panjat dan curi emas kat atas langit macam dalam cerita masa kanak-kanak dulu. Aiyooo! melalut pula… huhu….

Antara yang menarik: Plant Nursery in Sungai Petani

Pintu Gerbang - Plant Nursery in Sungai Petani

Pintu gerbang berbentuk hati, buat hati aku terpikat.

Mak aku ajak aku singgah Lot Greens sebab dia nak cuci mata kat situ. Mak aku kata, antara kebanyakkan tapak semaian di Sungai Petani, Nursery ni yang paling dia suka datang. Belum lagi aku menjejak kaki masuk dalam nursery tu, aku dah terpesona dengan pintu gerbang yang dibina. Rekaan dia memang cantik dan sangat kreatif daripada perspektif aku.

Many flowers at Plant Nursery in Sungai Petani

Mak aku tengah sibuk cuci -cuci mata, aku pula buat-buat sibuk nak ambil gambar bunga.

Aku suka suasana kat dalam tempat ni, dingin dan tenang ala-ala Cameroon Highlands. Dingin dengan wap air disembur di merata-rata hampir keseluruhan dalam kawasan. Pekerja-pekerja kat dalam tu bekerja dalam keadaan yang sangat santai. Alangkah seronoknya kalau dapat jadikan persekitaran kerja aku dengan suasana yang macam ni.

Beli Bunga - Plant Nursery in Sungai Petani

Lepas puas cuci mata dengan pelbagai varieri tanaman, mak aku beli bunga Ros untuk tambah koleksi bunga-bunga di laman rumah.

Lokasi Lot Greens Enterprise adalah di 137A, Jalan Masjid 1, Pekan Baru, 08000, Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Korang boleh hubungi Lot Greens Enterprise di talian +604-421 0533. Itu sahaja yang aku ingin tulis tentang Plant Nursery in Sungai Petani.

Kepada sesiapa peminat bunga ros, korang boleh tengok artikel: Buying Rose Plants in Malaysia – Lot 57 Selangor Green Lane.

Carian HANGAT:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan