Ahad, 4 Ogos 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


Dari <b>Changlun</b> Ke Bukit Kayu Hitam | Syira

Posted: 06 Jun 2013 02:17 AM PDT

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Dari Changlun Ke Bukit Kayu Hitam . Bila sebut sahaja Bukit Kayu Hitam, pastinya ramai sudah dapat membayangkan tempat shopping dan zon bebas cukai pilihan rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya, kebetulan Bukit Kayu Hitam hanya 10 minit daripada rumah abang syira, syira dan hubby membuat keputusan untuk singgah di Bukit Kayu Hitam sekejap untuk bershopping.

Pengalaman kali pertama untuk ke Bukit Kayu Hitam pastinya mendebarkan dan begitu membuatkan syira teruja. Namun, keterujaan itu hilang sebaik sahaja syira melangkah kedalam sana. Umpama indah khabar dari rupa.





Sebelum sampai di pintu masuk Imigresen Bukit Kayu Hitam, ada pasukan yang melakukan sekatan di jalan utama , dimana sekatan ini dilakukan oleh Unit Pencegahan Penyeludupan [UPP] . Biasalah tempat begini memang perlukan kawalan yang rapi.
Oleh kerana tidak tahu, kami tidak berani nak masuk ke pintu masuk imigresen Bukit Kayu Hitam kerana kami sangka kami telah tersesat. Takut juga kalau sampai ke Thailand. hihi. Selepas bertanya kepada orang awam, barulah syira sedar yang syira tersilap.
Rupanya sekatan pertama tadi adalah untuk UPP sahaja dan pintu masuk Imigresen Bukit Kayu Hitam di hadapan barulah jalan ke Pasar Zon Bebas Cukia di Bukit Kayu Hitam.
Oleh kerana masih takut, syira suruh je hubby ikut kereta di hadapan. Untuk keselamatan. Kebetulan pula musim cuti sekolah, memang jalan sesak betul. 

Bagusnya, laluan lori dan kereta diasingkan siap-siap, memang memudahkan. Tambahan pula, memang banyak gila lori yang keluar masuk. Jalan pun jem semacam. Rasa serun pada lori yang besar memang mengecutkan perut. hoho.
Laluan masuk ke Parking Pasar Zon Bebas Cukai memang sesak. Kereta masing-masing berlumba-lumba untuk masuk. Kebetulan pula hanya satu laluan sahaja yang berfungsi. Memang kena sabar lebih lah.


The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam adalah satu-satunya pasar raya yang menjual coklat seperti Daim. Selain coklat Daim, ada lagi coklat lain yang turut dijual disini. Maka, jika sampai ke Bukit Kayu Hitam, maka The Zone Duty Free adalah salah satu tempat yang harus disinggahi.

Hampir empat kali pusing mencari tempat parking. Memang susah gila. Nasib baik selepas itu ada pihak yang berkenaan suruh kami parking di belakang kereta yang ada laluan lain untuk mereka keluar. Kiranya jadi parking berlapis la. Lega. 



Kompleks Bebas Cukai @ The Zone Bukit Kayu Hitam. Gambar sepanjang berada di dalam kompleks tidak dapat ambil kerana memang dilarang. Jadi snap gambar dari luar sahaja.
Secara jujurnya, harga barangan disini jauh lebih mahal berbanding dengan barangan yang dijual di pasaraya luar. Akhirnya syira dan suami hanya mencuci mata sahaja kerana tidak ada barang yang berkenan. Yang lebih penting, kami merasakan Kompleks Bebas Cukai seumpama menipu, kerana harga yang dijual langsung tidak murah.
Tapi.... bahagian coklat memang puas hati. Coklat yang dijual semua murah-murah. Oleh kerana tidak mahu bersikap tamak, syira hanya beli sepeket Daim dan Kisses sahaja. Itu pun memang rasa tak cukup makan, tapi berjimat sebelum pokai lebih baik kan...hehe..

Kadar bayaran letak kereta di The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam memang murah. Bayar Rm1.00 untuk dua jam, memang enjoy. Oleh kerana kawasannya yang kecil, dua jam yang ditetapkan itu seolah-olah tidak berharga.
Selepas keluar dari The Zone Duty Free Bukit Kayu Hitam, syira dan suami meneruskan pula Ke Bazaar Bukit Kayu Hitam...Sekian kisah syira Dari Changlun Ke Bukit Kayu Hitam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan