Khamis, 15 Ogos 2013

02 di kulim - Google Blog Search

02 di kulim - Google Blog Search


Ranbaxy bina kemudahan <b>di Kulim</b> - Utusan Online

Posted: 12 Aug 2013 11:41 AM PDT

NEW DELHI 12 Ogos - Unit Malaysia bagi firma India, Ranbaxy Laboratories, Ranbaxy Malaysia Sdn. Bhd., menyediakan tapak di Kulim, Kedah, untuk mendirikan kemudahan pembuatannya bernilai AS$35 juta (RM114 juta).

Menurut Ranbaxy, syarikat menandatangani surat tawaran dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim, agensi milik penuh negeri dan taman perindustrian yang menempatkan pelbagai industri utama.

"Selain untuk pasaran tempatan, kemudahan baharu berkenaan juga akan mengeksport produk ke pasaran Asean, Timur Tengah, Eropah, Sri Lanka, China dan negara terpilih lain," kata Pengarah Urusan Ranbaxy Malaysia T. Jeyabalan Thangarajah dalam satu kenyataan di sini.

Perjanjian berkenaan ditandatangani Jeyabalan dan Presiden Taman Teknologi Tinggi Kulim, Muhammad Sobri Osman dengan kehadiran para pegawai dari Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Ranbaxy Arun Sawhney.

- BERNAMA

Jeyabalan berkata, kemudahan baharu itu yang akan dibina di tapak seluas enam hektar, akan mengeluarkan produk dos termasuk tablet dan kapsul terutamanya dalam segmen kardiovaskular, antidiabetik, antiinfektif dan gastrointestinal.

Beliau berkata, jumlah pengeluaran Ranbaxy di Malaysia akan meningkat daripada satu bilion dos setahun kepada tiga bilion dos setahun apabila kemudahan baharu berkenaan beroperasi sepenuhnya.

Kemudahan itu akan merupakan yang kedua bagi Ranbaxy di Malaysia. Kemudahan pertama di Sungai Petani yang mula beroperasi pada 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan