Selasa, 6 Ogos 2013

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


(8 GAMBAR)Qi Razali & Nelydia Senrose Bercuti <b>Di Langkawi</b> |

Posted: 27 Jun 2013 12:02 AM PDT


Nampaknya Qi Razali dan Nelydia Senrose tidak lagi cuba menyorokkan hubungan yang semakin mekar antara mereka berdua. Terbaru pasangan bercinta ini telah berkongsi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi. Jangan risau kerana mereka tidak pergi berdua, sebaliknya ditemani oleh rakan-rakan.

qi dan nelydia langkawi

Walaupun masih ada peminat yang masih tidak dapat melupakan percintaan antara Qi dan Yuna, Abang Nara rasa kita perlukan lupa kisah silam. Nelydia pun tak kurang cantiknya. Malah mereka berdua nampak sangat comel dan mempunyai perangai gila-gila. Pasti happening percintaan mereka.

qi dan nelydia langkawi

Semoga hubungan Qi dan Nelydia akan bertambah mesra dan satu hari nanti akan tiba ke jinjang pelamin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar percutian mereka ke Langkawi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Puntung rokok mesra alam

qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi
qi dan nelydia langkawi

Baca Yang Ini Pulak:-


Harga Honda Jazz CKD <b>Di Langkawi</b> Hanya RM36,800 | Arena Kereta

Posted: 15 Jul 2013 08:01 AM PDT

jazz9 640x480 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800

Untungnya mereka yang tinggal di Pulau Langkawi. Mana tidaknya, harga Honda Jazz CKD Petrol yang dilancarkan baru-baru ini di situ hanya RM36,800. Memang berbaloi sangat-sangat. Untuk makluman, harga asal model terbaru Honda ini ialah RM74,600. Ini bermakna diskaun sebanyak separuh telah diberikan.

langkawi 640x340 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800

Harga RM36,800 ini adalah termasuk insuran. Namun begitu, agak pelik apabila paparan laman web Honda Malaysia terkini tidak lagi memaparkan harga untuk model ini. Mungkinkah terlalu banyak tempahan yang telah diterima di situ sehingga menyebabkan tempahan baru terpaksa ditutup?

langkawi2 640x287 Harga Honda Jazz CKD Di Langkawi Hanya RM36,800Kepada pembaca Arena Kereta yang berada di Langkawi, mungkin boleh kongsikan maklumat terkini mengenai situasi tempahan Honda Jazz CKD Petrol di sana. Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan informasi terkini daripada pihak Honda sendiri.

Cinta Hatiku Alysya Damia: Shopping <b>di Langkawi</b> - Sham

Posted: 20 May 2013 10:42 PM PDT

Kalau ke Langkawi tu... yang pasti bermain2 di fikiran org pompuan yg dah berumahtangga pastilah nak menambah koleksi pinggan mangkuk kat umah. Macam haku ler kan... dulu masa honeymoon kat Langkawi xde sebutir pinggan or sudu pon aku beli... masa tu x terpikir lgsung nak beli pinggan mangkuk ni sumer. Lagi pon baru kawin and lom ada umah sendiri.... aura makcik tu lom terserlah lagi. Yang jadi buruan hanyalah coklat jer pon masa tu.

Setelah few years kahwin... bru la tetiba plan nak ke Langkawi lagi. Last year tahun 2012 masa pegi dah siap2 dah list apa benda yang nak dicari and dibeli kat sana. Dapat lah membeli set corningware 3 bradik ngan set hidang lauk masa tu. Masa tu cari gak set Corelle tp corak idaman hati plk xde. Lagi pon dah beli 1 set Corelle masa warehouse Sogo... murah gak... dpt lg murah from Langkawi... bijak tak sy berbelanja??? Hahaha


Tahun ni 2013... pegi Langkawi lagi. Seronok plk rasanya pg Langkawi nih. Macam dah ada plan nk repeat Langkawi nx year... hahaha. Selain memborong coklat... aku telah menambah 1 set periuk Visions 3 bradik. Sejak kahwin ni... aku ada sebijik jer mangkuk Visions saiz kecik.. tu pon hadiah kahwin dulu. Sejak dah duduk umah sendiri ni... meluap2 napsu nak membeli pinggan mangkuk... haihhh macam ler rajin masak kan.

Ini ler set periuknya. Hari last baru beli... tu pon lepas pikir 88x nak beli ker tak. Yer la... harganya bukan murah (bagi aku). Kang kalo dah beli... tp tak guna... ada harapan laki aku layangkan periuk tu ke muka aku nanti. Lepas dah beli.... sekali lagi proses pengembangan hidung berlaku... rasa bangga akhirnya aku dah dpt memiliki set Visions ni.... ini semua pooooyoooooo!!!!! hahaha. Nak tau harga ke??? Oklah sharing is caring kannnn... time aku pegi ni.. harga set Visions VS-330 ni ialah RM289 di kedai bernama Zeno. Di Langkawi Saga berharga RM299. Di HIG dan kedai lain berharga RM359... tapi dapat free satu mangkuk kecik Visions yg bernilai RM79... if aku x silap la. So nak jimat duit... aku beli kat Zeno jer. Harga barang2 kat Langkawi ni berubah2... kalo time cuti skolah or ada cuti brsambung... ramai org masuk Langkawi... mmg sumer brg naik harga. Masa aku pegi ni lagi sminggu nak election. Sebab tu tak ramai org kot. Parking kosong jer. Sesuka hati ko nak parking kat mana... bersepah petak kosong.

Telah membeli beg roda ini juga di kedai Wawasan. Harga RM100... saiz 24". Beli ni sbb bag sedia ada dah buruk sgt. Lagi pun murah ko... hari tu tgok kat Kenanga City... beg yg serupa dorang jual RM199 if x silap. Fuhhhh dua kali ganda tu... Beg ni ada kaler pink yg sgt cantik... tp Cooi tak bg beli kaler pink... dia kata nnti segan dia nk bwk ... hellooooo bag tu untuk ai ler. Cissss... nyesal plk x beli pink.

Ni Cooi punya. Kitorang laki bini mmg collector item mcm ni. Pakkal jer duit tak berapa nak ada... kalo tak abis aku borong sumer. Ini utk hiasan dlm display cabinet jer yer Alysyaaaa... toksah ko berangan nak main menda ni. Harga adalah RM49.90. Kat KL ni x silap aku harga dia RM99.

Yang ni aku punya. Sama gak harga. Comeiii kannnn??? Kat Langkawi aku beli benda2 ni ngan coklat jer pon. Pic coklat takyah la tunjuk... dah nak abis pon... hahaha.

Ada gak beli senduk Tefal seketul. Tu pon aku beli sbb kat Parkson dah abis. Harga Tefal ni aku rasa sama jer macam kat KL ni ... tak berbaloi beli kat Langkawi... baik korang beli kat Parkson jer... takyah susah payah nak berhangkut berat2.

Air Asia bila nak buat tix murah g Langkawi lagi??? Aku x sabar nak beli tix ni... tak muak2 aku g Langkawi ni.

- Posted using BlogPress from my iPad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan