ads

Jumaat, 16 Ogos 2013

02 di padang serai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Ustaz Hamidi: Sejarah tercatat <b>di Padang Serai</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT

PADANG SERAI, 20 April - Ustaz Hamidi Abu Hassan disahkan bertanding di P017 Parlimen Padang Serai pagi tadi setelah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau akan menentang calon Barisan Nasional Heng Siei Kie, calon Parti Keadilan Rakyat N. Surendran dan 2 calon bebas iaitu Othman Wawi  serta N.Gobalakrishnan.

Katanya, hari ini telah mencatatkan sejarah umat Islam di Malaysia dan kejayaan hari ini akan dimanfaatkan demi kemenangan Islam.

"Melalui saat ini bermulalah pertarungan yang kita tidak akan berundur lagi untuk meneruskan cita-cita menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

"Kita akan  merayu undi daripada mereka, kita tidak bermusuh dengan sesiapa tapi niat kita untuk hanya menegakkan Islam," katanya kepada wartawan selepas proses penamaan calon selesai.

Proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar dan aman di Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Tiada sebarang provokasi liar dan dicatatkan dan jumlah kehadiran penyokong daripada pelbagai parti dianggarkan hampir 2 ribu orang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved