02 di pokok sena - Google Blog Search |
14 banduan Penjara <b>Pokok Sena</b> bertemu keluarga sempena raya <b>...</b> Posted: 14 Aug 2013 02:19 PM PDT Posted on August 15, 2013, Thursday ALOR SETAR: Seramai 14 banduan di Penjara Pokok Sena dekat sini diberikan kesempatan untuk bertemu dengan keluarga masing-ma-sing pada majlis 'Jalinan Kasih' sempena sambutan Aidilfitri semalam. Pertemuan itu berlangsung selama dua jam mulai 10 pagi. Pengarah penjara tersebut Tan Tian Heng berkata tujuan majlis 'Jalinan Kasih' ini diadakan bagi merapatkan hubungan penghuni penjara dengan keluarga. "Sempena hari perayaan (Aidilfitri), kita memberi peluang kepada penghuni (beragama Islam) untuk berjumpa dengan ahli keluarga bagi mendekatkan semula hubungan kekeluargaan. "Peluang ini juga bagi membolehkan penghuni menerima sokongan padu daripada ahli keluarga dan memastikan mereka tidak merasa diabai oleh keluarga sendiri," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata banduan yang terpilih daripada 2,000 orang penghuni di sini untuk menerima kunjungan keluarga adalah berdasarkan kepada kelakuan baik dan disiplin masing-masing. Salah seorang penghuni, Madiah, 53, ketika ditemui berkata dia berasa terharu dengan kehadiran anggota keluarganya dan berazam untuk menjadi warganegara yang berguna apabila dibebaskan kelak pada akhir tahun 2015. Suri rumah yang berasal dari Mergong, Kedah ini dihukum penjara lima tahun kerana dituduh bersubahat membiarkan kegiatan maksiat dilakukan di rumah yang disewanya. "Kehidupan di penjara ba-nyak menginsafkan diri saya selain mendekat diri kepada cara kehidupan Islam sebenar," katanya. Selepas dijatuhkan hukum pada tahun 2010, dua orang anaknya Ira, 14, dan Kimi, 12, telah dihantar ke Rumah Kebajikan Arau, Perlis dan Rumah Kanak-kanak Taman Bakti Seberang Perai, Pulau Pinang. "Saya gembira kerana dapat berjumpa dengan anak-anak…perjumpaan ini sedikit sebanyak mengubat rindu saya terhadap mereka," kata-nya. Sementara itu, Ira berkata semalam merupakan hari yang cukup bermakna buat dirinya dan adiknya kerana dapat berjumpa dengan ibunya. "Saya seronok kerana dapat berjumpa dengan ibu walaupun sedikit terkilan kerana tidak dapat membeli persiapan raya dengan ibu," katanya. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di pokok sena - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan