02 di sungai petani - Google Blog Search |
AHLI PAS DITANGKAP TAK PUASA <b>DI SUNGAI PETANI</b> KEDAH <b>...</b> Posted: 07 Aug 2013 02:00 AM PDT SUNGAI PETANI - Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam. Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan. Pemandu bas sekolah yang menetap di Taman Keladi, Sungai Petani itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Petani sebelum dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan yang dilakukan. Sementara itu, operasi seterusnya tertumpu ke Pinang Tunggal dekat Taman Kempas di mana tiga wanita termasuk seorang remaja perempuan sedang rancak menyediakan juadah untuk orang ramai. Pelbagai juadah tersedia termasuk ikan goreng, ayam goreng serta nasi dalam periuk besar yang hanya tinggal separuh. Selain itu, serbuan dekat sebuah lokasi berdekatan Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani mendapati seorang lelaki sedang menyediakan masakan pelbagai juadah. Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit yang mahu melepaskan diri dengan menggunakan nama seperti mendapat kebenaran beberapa orang pegawai agama dan pegawai MPSPK tidak berjaya mengelakkan diri dari dikenakan kompaun terhadapnya. |
Gambar Rusuhan <b>di Sungai Petani</b> kedah? - Berita Terkini Posted: 19 Dec 2012 01:45 AM PST Rusuhan di Sungai Petani : Polis Kedah memberi amaran keras agar khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda yang disebarkan menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), dihentikan serta-merta. Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata kira-kira pukul 9 hingga pukul 10 malam tadi, polis menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin bahawa berlaku (rusuhan kaum) rusuhan di Sungai Petani di daerah Kuala Muda.
Abdul Ghafar berkata kes yang berlaku pada awal pagi Ahad lalu itu adalah kes terpencil yang melibatkan kumpulan pemuda yang berlarutan kepada beberapa insiden lain yang dilakukan dengan tujuan membalas dendam terhadap insiden pertama.
Dalam pada itu, Abdul Ghafar turut meminta semua ketua kaum agar dapat memberi penerangan yang jelas berhubung perkara itu kepada masyarakat di kawasan masing-masing. Kepada semua kaum maklumkan kepada anak buah masing-masing agar jangan bertindak di luar batasan undang-undang terasuk sebarkan fitnah mengatakan berlakunya rusuhan di Sungai Petani, Kedah [Sumber : Berita Bernama Malaysia] |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan