Khamis, 22 Ogos 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


KedahLanie.info: Ops Tak Posa <b>di Sg Petani</b>

Posted: 06 Aug 2013 06:00 PM PDT

Lelaki selamba kena tahan

Lelaki selamba kena tahan
Premis yang ditemui beroperasi sebelum jam 3 petang

SUNGAI PETANI - Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam.

Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan.

Pemandu bas sekolah yang menetap di Taman Keladi, Sungai Petani itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Petani sebelum dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, operasi seterusnya tertumpu ke Pinang Tunggal dekat Taman Kempas di mana tiga wanita termasuk seorang remaja perempuan sedang rancak menyediakan juadah untuk orang ramai.

Pelbagai juadah tersedia termasuk ikan goreng, ayam goreng serta nasi dalam periuk besar yang hanya tinggal separuh.

Selain itu, serbuan dekat sebuah lokasi berdekatan Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani mendapati seorang lelaki sedang menyediakan masakan pelbagai juadah.

Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit yang mahu melepaskan diri dengan menggunakan nama seperti mendapat kebenaran beberapa orang pegawai agama dan pegawai MPSPK tidak berjaya mengelakkan diri dari dikenakan kompaun terhadapnya.

Pusat snuker jadi port

Sementara itu, sebuah kedai snuker yang terdapat dalam sebuah pasar raya turut dipercayai dijadikan 'port' kaki ponteng puasa.

Ketika intipan dilakukan, seorang lelaki dilihat membawa bungkusan plastik hitam dipercayai nasi bungkus dan berisi minuman.

Bagaimanapun, selepas serbuan dilakukan, tiada seorang pun yang mengaku makan atau minum sebaliknya mereka seolah-olah sedang leka bermain snuker ketika anggota penguat kuasa tiba.

Pemeriksaan ke lokasi sama turut menemui gelas berisi air di atas meja yang terdapat dalam pusat berkenaan.

Seorang lelaki turut dilihat melarikan diri ke tandas kerana dipercayai sedang menghisap rokok serta mahu mencuci muka untuk menutup kesalahan dilakukan.

Dalam pemeriksaan lanjut ke bilik bersebelahan turut menemui beberapa plastik hitam yang berisi bungkusan nasi dan air minuman di atas lantai dipercayai milik beberapa lelaki dalam pusat snuker berkenaan.

Peniaga sudah tutup kedai

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, antara lokasi panas yang diserbu termasuk Taman Kempas, Taman Sri Wang, Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya dan Kawasan
Perindustrian Miel Sungai Lalang.

Selain itu, lokasi lain yang diserbu termasuk Stesen Bas Sungai Petani Jalan Petri, lokasi berdekatan Kompleks Cayman, beberapa restoran dan beberapa lokasi panas di Gurun.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan kali kedua ke lokasi yang pernah diserbu dalam operasi sebelum ini mendapati kebanyakannya sudah ditutup.

"Ini menunjukkan peniaga sudah ada kesedaran selain akur arahan MPSPK supaya mengendalikan operasi kedai makan selepas jam 3 petang bagi menghormati Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi," katanya.

Sheikh Radzi berkata, sekiranya didapati bersalah, denda sebanyak RM500 boleh dikenakan untuk kesalahan pertama manakala RM1,000 bagi kesalahan kedua atau boleh juga dikenakan hukuman penjara.

10 kompaun dikeluarkan

Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, sebanyak 10 kompaun dikeluarkan kepada premis yang didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah.

Menurutnya, kompaun sebanyak RM300 dikenakan dan premis yang terlibat dikehendaki menyelesaikan bayaran dalam tempoh tujuh hari.

"Mengikut mesyuarat yang diadakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang baru-baru ini memutuskan supaya mengehadkan waktu operasi kedai makanan Islam sepanjang Ramadan kecuali restoran makanan
antarabangsa (bukan Islam).

"Selain itu, premis makanan yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam perlu mengikuti arahan terbabit dan hanya boleh mula beroperasi selepas jam 3 petang," katanya.

Operasi yang disertai lapan anggota Pejabat Agama Daerah turut mendapat kerjasama daripada 24 anggota penguat kuasa MPSPK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan