ads

Sabtu, 31 Ogos 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


TV9 - Lagi Kes Kejadian Tembak <b>Di Sungai Petani</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:55 PM PDT

27 Aug 2013, 12:55pm by Syuhada Rais


Lagi kejadian kes tembak.

Kali ini berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Seorang penternak lembu berusia 30-an cedera apabila ditembak ketika sedang memandu lori yang membawa muatan makanan lembu, lewat petang semalam.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu lori berkenaan dari arah padang serai menghala ke Kampung Sentero, Bukit Selambau, Sungai Petani.

Suspek yang menunggang motosikal datang dari arah belakang;

Melepaskan beberapa das tembakan rambang ke arah mangsa.

Suspek kemudiannya terus melarikan diri dengan memecut motosikal sejurus kejadian.

Mangsa yang terkejut dengan insiden tembakan itu gagal mengawal lorinya dan terbabas ke dalam longkang.

Mangsa yang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim,  Sungai Petani dilaporkan stabil.

Dan hanya mengalami kecederaan di dua jari sebelah kanan akibat terkena tembakan yang dilepaskan susupek.


Penternak Lembu Cedera Di Tembak <b>Di Sungai Petani</b>

Posted: 26 Aug 2013 01:28 PM PDT

SUNGAI PETANI - Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau dekat sini, Isnin. Dalam kejadian 5 petang itu, M. Yogeswaran, 30, cedera pada jari, terkena tembakan yang dilepas oleh suspek yang membonceng motosikal. Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin kepada pemberita, di sini. "Besar kemungkinan suspek merupakan individu yang dikenali mangsa," katanya. Khalil berkata pihaknya percaya kejadian tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan yang dilaporkan berlaku sebelum ini. Beliau berkata polis bagaimana pun masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu.Difahamkan dua suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang lori yang dipandu mangsa, sebelum melepaskan tembakan ke arahnya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved