02 di sungai petani - Google Blog Search |
Pusat Latihan AADK <b>di Sungai Petani</b> | JAAkechik CORNER Posted: 06 Aug 2013 05:00 PM PDT ~ Assalamualaikum wbt ~ Hari ni jaa nak tepek gambar bilik yang jaa menginap masa gi Kursus Pengucapan Awam di Sungai Petani pada Jun lalu... lama dah haih pergi nya... baru hari ni sempat nak upload gambor.... hope tak basi la yer... hikhik.... kursus kat sini best la jugak, jadual tak pack sangat... makan pun kira ok la... bilik pun selesa, siap ada air cond lagikk... terbaik lahh Pusat Latihan AADK punya infrastuktur....!! sebuah rumah gaya apartmen yang sangat luas dan selesa PLAK (Pusat Latihan Antidadah) ini adalah satu tempat khas bagi kakitangan AADK berkursus. Jaa ni pun sepanjang hampir 4 tahun bekerja ngan AADK inilah first time jaa berkursus kat sini… dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap tempat ini dikira best lah jugakkk!! Penginapan kat sini sangat terbaikkk!! Jaa nak bagi 3 bintang setengah gituuu… muahahaa! sebab penginapan kat sini dah macam hotel pulak tau… bukan macam dorm yang muat ramai-ramai orang tuuu… kat sini kami tinggal serumah ala-ala apartmen gituuuu!! gaya macam duk hotel aje tau...siap ada coffee dan teh bagai lagi. nasib baik takde housekeeping yang datang cuci bilik hari-hari jer... (^_^) kalo tak konfem jaa bagi 5 bintang penuh! agaga!! Sepanjang kursus tu kat tempat ni la kitorang lepak bila balik dari slot kursus. Masa Final FA Kelantan Vs Johor hari tu pun, kat sini laa jaa tengok bola!! Even tengok 2 orang jer, tapi happening gak laa menjerit riuh bila Norfarhan sumbat gol pada minit ke-15 tuu….heeee!! siap nyayi lagu ''Ayuh…Ayuh…Kelateku'' lagi…. Wahhhh…semangat gitu! nasib baik jaa tak pakai baju bola jer tau… Untuk blok kami adalah macam ni, (korang baca sambil imagine okeh) 1 rumah ada 4 bilik pastu 1 bilik ada 3 katil single, dan 3 bilik lagi ada 1 katil single setiap satu bilik. Tetiap bilik lak ada aircond! 1 rumah memang luas giler!! Siap ada ruang tamu, ada ruangan dapur (tapi takde dapur gas laa), 2 bilik air siap ada TV juga…. Ermmm... kira besttt lah kan?? Takde ler rasa macam tido dalam asrama sekolah jerrr!!cuma astro jer non hado... Kursus kat sini bertambah best bila mereka sediakan shuttle bas (Van Kia Pregio AADK) untuk ke dewan makan dan ke kelas… takde lah kena terkejar-kejar berjalan. Tunggu je van datang ambik… kejap jer sampai ke tempat yang dituju….hihihihi… sangat sesuai untuk kami yang berheels.. ahaks! kalo berjalan pakai heels, mahunya melecet kaki kot! Al-maklum la jenis jarang pakai heels di ofis gitu lah kekdahnya… nama jer keje pejabat, tapi kalo dalam ofis pakai selipar biasa jer…muahahhaaa!!! pecah lobang!! gambar katil yang ini di rakam masa time ''malam pertama'' kami tido kat situ... makanya, korang toksah heran lah mengapa kami punya bilik dah macam kena hentam dek ribut tu yer... bila tiba jer malam, kami terus rapatkan katil kasi dekat-dekat sikit... dasar penakut gitu laaa... muahaha... and katil tengah yang Tweet p/s : alhamdulillah setelah 2 bulan entry ni akhirnya siap ku karang! ngeee! |
KedahLanie.info: Ops Tak Posa <b>di Sg Petani</b> Posted: 06 Aug 2013 06:00 PM PDT Lelaki selamba kena tahan
SUNGAI PETANI - Lagak bersahaja seorang lelaki berusia 43 tahun menghabiskan kunyahan makanan dalam mulutnya sebelum mencuci dan mengelap tangan menyebabkan dia ditahan sepasukan anggota penguat kuasa yang melakukan operasi sekitar daerah, semalam. Lelaki terbabit yang ditahan sedang makan di sebuah restoran di Padang Temusu kira-kira jam 11 pagi semalam dengan selamba bangun, cuci dan lap tangan ketika diserbu penguat kuasa Pejabat Agama dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK). Ketika ditanya mengapa dia tidak melarikan diri bersama kira-kira lima lelaki lain, dia menjelaskan tidak sanggup berbuat demikian kerana melakukan kesalahan iaitu makan di siang hari ketika umat Islam berpuasa. Disebabkan itu, dia rela ditahan. Pemandu bas sekolah yang menetap di Taman Keladi, Sungai Petani itu kemudian dibawa ke Balai Polis Sungai Petani sebelum dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan yang dilakukan. Sementara itu, operasi seterusnya tertumpu ke Pinang Tunggal dekat Taman Kempas di mana tiga wanita termasuk seorang remaja perempuan sedang rancak menyediakan juadah untuk orang ramai. Pelbagai juadah tersedia termasuk ikan goreng, ayam goreng serta nasi dalam periuk besar yang hanya tinggal separuh. Selain itu, serbuan dekat sebuah lokasi berdekatan Jalan Kuala Ketil, Pekan Lama Sungai Petani mendapati seorang lelaki sedang menyediakan masakan pelbagai juadah. Bagaimanapun, tindakan lelaki terbabit yang mahu melepaskan diri dengan menggunakan nama seperti mendapat kebenaran beberapa orang pegawai agama dan pegawai MPSPK tidak berjaya mengelakkan diri dari dikenakan kompaun terhadapnya. Pusat snuker jadi port Sementara itu, sebuah kedai snuker yang terdapat dalam sebuah pasar raya turut dipercayai dijadikan 'port' kaki ponteng puasa. Ketika intipan dilakukan, seorang lelaki dilihat membawa bungkusan plastik hitam dipercayai nasi bungkus dan berisi minuman. Bagaimanapun, selepas serbuan dilakukan, tiada seorang pun yang mengaku makan atau minum sebaliknya mereka seolah-olah sedang leka bermain snuker ketika anggota penguat kuasa tiba. Pemeriksaan ke lokasi sama turut menemui gelas berisi air di atas meja yang terdapat dalam pusat berkenaan. Seorang lelaki turut dilihat melarikan diri ke tandas kerana dipercayai sedang menghisap rokok serta mahu mencuci muka untuk menutup kesalahan dilakukan. Dalam pemeriksaan lanjut ke bilik bersebelahan turut menemui beberapa plastik hitam yang berisi bungkusan nasi dan air minuman di atas lantai dipercayai milik beberapa lelaki dalam pusat snuker berkenaan. Peniaga sudah tutup kedai Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, antara lokasi panas yang diserbu termasuk Taman Kempas, Taman Sri Wang, Kawasan Perindustrian Taman Ria Jaya dan Kawasan Selain itu, lokasi lain yang diserbu termasuk Stesen Bas Sungai Petani Jalan Petri, lokasi berdekatan Kompleks Cayman, beberapa restoran dan beberapa lokasi panas di Gurun. Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan kali kedua ke lokasi yang pernah diserbu dalam operasi sebelum ini mendapati kebanyakannya sudah ditutup. "Ini menunjukkan peniaga sudah ada kesedaran selain akur arahan MPSPK supaya mengendalikan operasi kedai makan selepas jam 3 petang bagi menghormati Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi," katanya. Sheikh Radzi berkata, sekiranya didapati bersalah, denda sebanyak RM500 boleh dikenakan untuk kesalahan pertama manakala RM1,000 bagi kesalahan kedua atau boleh juga dikenakan hukuman penjara. 10 kompaun dikeluarkan Pegawai Penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Anil Aris berkata, sebanyak 10 kompaun dikeluarkan kepada premis yang didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah. Menurutnya, kompaun sebanyak RM300 dikenakan dan premis yang terlibat dikehendaki menyelesaikan bayaran dalam tempoh tujuh hari. "Mengikut mesyuarat yang diadakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang baru-baru ini memutuskan supaya mengehadkan waktu operasi kedai makanan Islam sepanjang Ramadan kecuali restoran makanan "Selain itu, premis makanan yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam perlu mengikuti arahan terbabit dan hanya boleh mula beroperasi selepas jam 3 petang," katanya. Operasi yang disertai lapan anggota Pejabat Agama Daerah turut mendapat kerjasama daripada 24 anggota penguat kuasa MPSPK. |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan