02 di tanjung dawai - Google Blog Search |
- aLw!z b3 my baby: Shopping Hasil Laut <b>di Tanjung Dawai</b>, Sungai <b>...</b>
- Lelaki Dipukul <b>Di Tanjung Dawai</b> Kerana Pakai Baju Logo BN <b>...</b>
- sepetang <b>di tanjung dawai</b> | mymerbok..my stories..
aLw!z b3 my baby: Shopping Hasil Laut <b>di Tanjung Dawai</b>, Sungai <b>...</b> Posted: 10 Jul 2013 08:22 PM PDT Last week kan wedding adik ipar aku belah pengantin laki kat Sungai Petani sana.. so lepas kenduri tu kami pakat² terjah Tanjung Dawai nak soping hasil laut. kan dah nak puasa, masing² nak cari ikan masin. pembuka selera time sahur katanya.... eceli aku memang tak tau pape pasal Tanjung Dawai ni. huhuh.. 1st time kot sampai sini. makcik² aku la kecoh ajak pegi sana. so ikut jer ler.. Tanjung Dawai ni macam perkampungan nelayan. so, memang banyak la hasil laut jual kat sini - ikan masin, sotong kering, belacan, ikan bilis, keropok, etc. harga pun murah dan yang penting masih segar. stop kat kedai tepi jalan ni usha apa yang patut.... tanya pakcik peniaga kat situ katanya barang kat kedai² tepi jalan ni lagi murah coz kedai sendiri, dan hasil laut pun buat sendiri. kalau beli kat kompleks/arked tu mahal sikit coz kedai kena sewa. so tak salah tempat la kami soping kat sini. huhuhu... 3 pek RM10. macam² ada boleh campur. beli ikan masin belanak ni buat stok sahur.. feberet nih.. Arked Tanjung Dawai. berderet kedai kat atas tu. aku tak turun. tunggu dalam kete. malas dah nak bejalan. lagi pun dah beli apa yang perlu kat kedai tepi jalan tu. sama aje yang dijual pon. harga je lain kot. sementara tunggu makcik² sambung soping, hubby bawak hadif lepak kat jeti tanjung dawai. oh dari jeti ni boleh naik bot ke Pantai Merdeka yer.. tambang RM2. perjalanan pon dalam 3-4 minit sajok. Published with Blogger-droid v2.0.10 |
Lelaki Dipukul <b>Di Tanjung Dawai</b> Kerana Pakai Baju Logo BN <b>...</b> Posted: 28 Apr 2013 09:17 PM PDT Hanya kerana memakai baju T berlogo Barisan Nasional (BN), seorang lelaki dibelasah sekumpulan orang dipercayai penyokong parti pembangkang di pekan Tanjung Dawai dekat sini malam Sabtu. Sofian Abidin, 30, dari Bedong tidak jauh dari kawasan nelayan berkenaan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.35 malam sewaktu dia bersama anak dan rakannya berkereta menuju Tanjung Dawai. "Kami sebelum itu berselisih dengan sekumpulan kira-kira 200 penyokong parti pembangkang yang menaiki kereta dan motosikal, sebelum kami ditahan sebahagian mereka ketika tiba di pekan Tanjung Dawai. "Baju saya dicekak dan saya ditumbuk pada pipi kanan dan dada. Rakan saya yang memakai baju BN ditarik dan ditanggalkan bajunya. Kumpulan itu turut merosakkan lampu isyarat kereta dan menendang pintu kereta saya," katanya. Sofian berkata keadaan itu bagaimanapun dileraikan para penyokong BN yang kebetulan melalui kawasan berkenaan. "Apa yang berlaku kepada saya adalah satu tindakan biadap. Konvoi berkenaan dipercayai datang dari luar Tanjung Dawai yang turut membawa bersama ahli keluarga mereka. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Ariffin mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan akan menjalankan siasatan kerana melakukan perbuatan khianat. BERNAMA Aku setuju SIASATAN DIJALANKAN SECEPAT YANG MUNGKIN. Aku nak juga tahu kebenaran di sebalik kejadian. Takan sebab ko pakai baju BN ko kena belasah tak pasal2 kot? Bukan nak bekap tindakan keganasan ke atas mana2 pihak tapi kemon la, kalau setakat pakai baju BN ka apa ka, takan orang suka2 nak bantai ko? Punyalah berlambak2 orang pakai baju BN. Tak pernah pun kena belasah. Hehe So aku mohon PDRM siasat secepat mungkin dan keluarkan hasil siasatan. Kepada individu/kumpulan yang dituduh membelasah tue, anda juga dialu2kan untuk memperjelaskan kejadian sebenar kepada kami. Boleh email ataupun sebarkan di facebook, atau blog masing2. Lebih cantik, kalau korang pun pergi report polis andai kata korang difitnah. Kita tengok siapa cakap benar dan siapa sebaliknya. Oke. |
sepetang <b>di tanjung dawai</b> | mymerbok..my stories.. Posted: 05 Jun 2013 07:15 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Antara destinasi wajib saya tiap kali balik kampung ialah Tanjung Dawai..ia merupakan kawasan perkampungan nelayan yang menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Kedah. Tujuan utama untuk membeli stok ... |
You are subscribed to email updates from di tanjung dawai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan