Selasa, 10 September 2013

02 di changlun - Google Blog Search

02 di changlun - Google Blog Search


<b>JITRA</b> NOTATAKAI (Battle of <b>Jitra</b>) | Military of Malaysia

Posted: 01 Aug 2013 07:20 AM PDT

banzai

Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Wareware no chīmu wa kotabaru ni jōriku shita.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Omedetōgozaimasu, ima, soreha watashitachi no bandesu.
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Tashika ni, soreha tsuyu ga kite iru imadesuga, watashitachiha jinsokudenakereba naranai.
Jeneral Tomoyuki Yamashita : Moshi sōnara, karera wa hirō o tsukaihatashi hakai, kōgekide wa naku, sorera no kikai o kaishi..
Lt. Kolonel Saeki Shizuo : Guddo-nushi, jushin sa reta meirei wa, watashi wa, sore jitai ga tanku o ken'in suru… Jitra wareware wa seifuku sa remasu…
………………………………………………………………………………………………………………………

1. Salam bahagia, bertemu lagi kita di ruangan lipatan sejarah negara bangsa kita yang semakin lama semakin pupus ditelan zaman dek kerana kelalaian kita menghayati erti kemerdekaan. Sekali lagi saya faisal 9w2wbt merakamkan setinggi tinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Shah Paskal kerana kesudian menerbitkan artikel ini di dalam blog yang sentiasa mendapat perhatian dari ramai pihak pihak yang cintakan tanah air dan semangat patriotisme yang tinggi di dalam jati diri tuan puan sekalian.

2. Artikel ini agak panjang saya huraikan mengikut kefahaman pembacaan saya terhadap rencana rencana yang menjadi kajian oleh pengkaji pengkaji sejarah Tanah Melayu. Artikel ini bermotifkan tentang kajian kegagalan British mempertahankan barisan hadapan Tanah Melayu ketika itu dan taktik kemaraan tentera Jepun ketika mengasak pertahanan paling utara tanah air kita. Ia sepatutnya dipertahankan selama 3 bulan tetapi Jepun hanya memerlukan 3 hari sahaja untuk menawannya.

3. 4 Disember 1941, Lt. Jen Yamashita, selaku panglima 25 pemerintahan medan tentera darat Jepun berkekuatan 25,000 anggota telah berlepas menaiki kapal dari Vietnam menuju ke Thailand. 7 Disember 1941, armada tersebut berpecah dan mendarat di Singgora dan Pattani. Semasa di Singgora, pihak polis Thailand telah berjaya menghalang pendaratan tersebut dan setelah berunding, mereka akirnya mendarat dengan selamat dan bersiap menuju ke Tanah Melayu untuk bertempur dengan sejumlah 88,000 trup termasuk 9 dan 11 Divisyen Tentera Darat India dan 8 Div Tentera Australia.

4. Tengahhari 8 Disember 1941, Singgora di pijak oleh Jepun. 6 Briged dan 15 Briged British bergerak ke Jitra untuk ambil kedudukan. Mereka telah menanam periuk api dan menggali kubu kubu yang kesemuanya di penuhi air. Maklumlah waktu tersebut merupakan musim hujan dan hujan turun sehingga 4 hari menyebabkan persiapan tempur agak terbatas.

5. British cuba melambatkan kemaraan Jepun memasuki sempadan dengan cara mengamalkan pre emptive strike iaitu memasuki kawasan Thailand dan menggempur dari kawasan Thailand. Namun Jepun melalui Detachment hadapan diketuai oleh Lt. Kol Saeki Shizuo mendapat mesej dari pasukan peninjau udara yang telah mengugurkan mesej memberitahu bahawa pasukan 'mechanised' British bergerak melalui Changlun menuju ke utara.

6. Pasukan British yang menuju ke Thailand adalah dari kompeni 1/8 Regiment Punjab yang merupakan pasukan simpanan sahaja! Waktu itu, British juga menghantar pasukan pengebom udara bagi mengebom pasukan Jepun yang mendarat.
Jepun tidak membalas serangan itu, hanya memastikan kesemua anggota dan peralatan selamat mendarat. Setelah semua selamat mendarat, barulah serangan dari Jepun dilakukan. Jepun telah menghantar 3 buah kereta kebal sederhana (medium tank) 1 unit kereta perisai, 2 skuadron 'mechanised cavalry', meriam dan 300 anggota.

7. 9 Disember 1941, Lt. Jen. Sugawara dari grup 3 Tentera Udara mengetuai 500 pesawat Jepun jenis pejuang dan pengebom yang berpangkalan di Vietnam berlepas ke Tanah Melayu. Mereka telah menyerang semua pengkalan udara British termasuk Alor Setar sehingga menyebabkan pengkalan itu terpaksa ditutup dan kesemua tentera British lari bertempiaran menyelamatkan diri.

8. Serangan ini menyebabkan bangunan terbakar dan memberikan tekanan psikologi kepada trup 11 Divisyen yang bertanggungjawab menjaga keselamatan pengkalan itu. Pesawat Mitsubishi Zero bukanlah saingan pesawat Buffalo British yang amat daif. Maka, ruang udara telah dikuasai sepenuhnya oleh Jepun.

9. Kita berbalik kepada keadaan di sempadan pula, Lt. Kol. Saeki telah memandu sendiri kereta kebal diikuti oleh 300 anggotanya dan bersama pasukan peninjau dan dengan gagah beraninya tidak sabar ingin bertempur dengan British.
10 Disember 1941, Mereka bertempur buat pertama kalinya di dalam kawasan Tanah Melayu.

10.Ketika inilah Jepun mendapat kemenangan yang pertama! Brtitish seperti biasa melarikan diri dan berundur. Hasil dari pertempuran ini, Jepun berjaya memiliki sebuah peta lengkap mengenai pertahanan British di kawasan Changlun dan Jitra.
Tetapi sebelum serangan itu, serangan udara di pengkalan Kepala Batas telah dilakukan. Sewaktu kereta kebal Saeki berada di sempadan dan bertempur, trup yang tewas berundur dalam keadaan yang amat daif dan bergerak berundur ke Changlun sementara itu trup di kawasan Perlis (sebelah kiri) juga berundur ke Kodiang. Dengan ini amatlah mudah Jepun memasuki Tanah Melayu pada 10 Disember 1941.

 
KUPASAN PERTAHANAN UTARA TANAH MELAYU. (KEGAGALAN OPS MATADOR)

11.British pada mulanya hanya menumpukan kekuatan pada 2 buah jalan yang menuju ke Thailand. Pada waktu itu, tumpuan pertahanan terjejas kerana musim hujan dan menyebabkan kenderaan berat gagal bergerak di atas jalan yang becak, maklumlah tiada turapan bitumen / minyak tar.

peta

12.Oleh sebab keadaan kawasan Jitra yang rata ratanya adalah kawasan tanah rata dan sawah padi yang bertali air, menyebabkan kubu parit (Trenches) yang dikorek menjadi tidak sesuai untuk bertempur. Ia dipenuhi air!. Dinding struktur kubu parit telah di cerucuk dengan batang buluh. Tinggi dinding mencecah sehingga 6 kaki ke atas dan lebar hampir 7 kaki. Jepun telah menganggap kubu ini sebagai ' JITRA LINE'.

13.Jitra Line juga di perkukuhkan dengan 'pillbox' dan serentak dengan pembinaan ini, semua anggota sibuk dengan latihan persediaan Ops Matador. Semua ini berlaku pada awal Disember 1941. Panglima Tentera Udara British di Timur Jauh Marshall Udara Brooke-Popham telah mengizinkan Jen. A.Percivel memasuki wilayah Thailand apabila Kota Baharu diserang. Maka Panglima Pemerintah Kor, Jen. Heath diarahkan bersiap sedia menggerakkan trup Ops Matador.

14.British membuat tinjauan udara dan mendapati pendaratan besar besaran Jepun di Singgora dan Pattani. Berita ini disampaikan ke kota Baharu pada jam 0915. Pada jam 1100, barulah Percival dapat maklumat ini di markas Malaya Command setelah kembali dari menghadiri mesyuarat Majlis Perundangan Negeri Selat. Pembaca ingin tahu apa alasan Jen. Percivel?

15."Apa yang berlaku antara 3 Corps dan 11 Indian Divisyen saya tidak tahu. Tapi saya masih mempertahankan bahawa hanya ada satu sahaja talian telefon awam yang mana kita semua menggunanya, dan khidmatnya hanya khas untuk mereka yang mempunyai keistimewaan terhad. Ia tidak dijangka berlaku, itu fasal la saya tidak dapat maklumat awal bro…" :D
Dalam masa yang sama, 11 Div yang hendak menyerang pelabuhan Singgora diarahkan agar menyerang Jepun yang telah mendarat mudah. Ia telah memberikan impak kepada persiapan 11 Div ini.

tank

16.11 Disember 1941 : Jam 0800 bermula serangan Jepun terhadap 1/14 Regimen Punjab dan mereka tewas. 2 penangkis kereta kebal Breda di tawan Jepun. Askar Punjab seperti biasa lari lintang pukang. Kol. Saeki memeriksa kawasan Punjab itu dan menjumpai 10 senjata berat dihala ke arah Jepun tapi tiada yang mengoperasikannya. Beliau yakin bahawa semua askar Punjab berlindung daripada hujan di kawasan pokok pokok getah di kiri kanan jalan Changlun itu.

17.Kol. Saeki bertindak bijak, mengarahkan serangan dilakukan secara berdepan melalui jalan utama dan asakan dari kiri dan kanan jalan Changlun itu. Maka bertempiaran lagi askar Punjab menyelamatkan diri di dalam keadaan hujan lebat itu.

Tragedi Jambatan Manggol.

18.British di bawah 15 Briged berundur ke Jitra. Trup 6 Briged dari Perlis juga berundur. Sesampainya di Manggol, ada sebuah jambatan merentasi sungai. Kawasan itu dijaga oleh 15 Briged dan di perintah oleh 1 Regimen Leicester. Jambatan tersebut telah dipasang bom bagi menyekat Jepun dari mara ke arah Jitra.

bridge

19.Apa yang terjadi ialah, 6 Briged telah diarah berundur ke Jitra, disinilah kesilapan paling ketara British. Pertahanan British diseberang sungai telah meletupkan jambatan itu kerana menyangka bahawa trup yang sedang mara itu ialah Jepun. Akibatnya sejumlah pengangkut anggota, empat laras meriam dan 7 meriam Breda terpaksa ditinggalkan di seberang sungai.

20.Banzaiiii………….Jepun terus mengasak sehingga petang. Mereka bertempur dengan 2/9 Jats dan mula mengasak sebelah kanan. Disamping itu, peluru cahaya dilepaskan sebagai bantuan dan tembakan bermula. Jam 2030, kereta kebal Jepun mengasak lagi dengan bantuan spotlight besar dan menumpaskan 1 peronda 1 Leicestershire. Dalam pada itu, 2 kereta kebal Jepun terbakar akibat terkena peluru meriam pasukan 125 anti kereta kebal British.

21.Markas 15 Briged menerima laporan. Dikatakan bahawa Jepun telah menduduki Bukit Jantan dan Bukit Alor. Brig Carpendale berasa terancam dan lantas tanpa merujuk kepada Panglima Div, ia meminta bantuan Brig Lay, Panglima 6 Briged agar dapat membantu dengan memberikan 2 kompeni dari 2/2 Refal Gurkha (simpanan). Mereka mengambil lokasi arah ke timur dan satu lagi 2/16 Punjab di letakkan di Kelubi untuk menyokong pertahanan belakang.

22.12 Disember 1941-Tepat jam 0300, Jepun mula menyerang kembali menerusi jalan raya utama dan mengasak sehingga ke kawasan belakang sebelah kanan kompeni 1 Leicestershire. Jepun dapat diundurkan setelah bantuan dari Bren Carrier diatur gerak kembali hampir waktu subuh. Hujan mencurah curah tidak berhenti, jam menunjukkan 0600, Jepun mengarahkan satu kompeni yang dibantu oleh kereta kebal menyerang secara berdepan di bahagian timur jalan yang memisahkan pasukan 1 Leicestershire dan 2/9 Jats. Serangan itu berjaya dan Jepun menawan pos pemerhati meriam. British menyerang balas tetapi hampa.

23.Brig Carpendale lagi sekali meminta bantuan Brig Lay 6 Briged. Ia telah diberi 1 markas briged dan 2 kompeni 1/8 Punjab. Lantas mereka diarahkan melancarkan serangan besar besaran dengan dibantu oleh meriam untuk merampas semula kedudukan tadi. Pasukan ini menyerang melalui kawasan Jats yang menyangka tembakan itu dari Jepun. Serangan balas ini gagal lagi! Jam 1000 menunjukkan tewasnya British dan pegawai pemerintah juga terbunuh.

24.Pada 12 Disember, Jeneral Murray Lyon meninjau markas Briged 15, Jam 0900 beliau diberitahu telah kehilangan 2 batalion dan kemarahannya memuncak apabila mendapati Brig Carpendale telah mengguna sepenuhnya kekuatan anggota sehingga kepada pasukan simpanan!. Trupnya keletihan yang amat sangat dan hilang semangat. Lantas Jen. Murray Lyon memohon izin Panglima Malaya Command memalui markas 3 Kor untuk berundur dari Jitra ke kawasan Gurun dan membuat pertahanan di sana.

25.Sementara itu, di pihak Jepun pula, Mejar Jen. Kawamura (Panglima Briged ke 9 Infantri telah membuat tinjauan di hadapan. Beliau memerintahkan agar pegawal hadapan Infantri yang telah bertempur berundur dan digantikan dengan Regimen 41. Arahan dikeluarkan untuk menyerang pada waktu malam di kawasan sebelah timur jalan raya itu. Regimen 11 pula diperintahkan menerang di sebelah barat serentak.

26.Jepun berjaya mengucar kacirkan pertahanan tengah British dan menumpaskan kompeni Jats di sebelah kiri sehingga memaksa kompeni Jats berundur ke tenggara kawasan. Sebelah kanan pula milik Leicestershire juga diasak. Jam menunjukkan 1430, Jepun akhirnya bertembung dengan 2/2 Gurkha di Sungai Bata. British menyerang balas melalui platun bergerak dari 2 East Surrey yang dihantar oleh 6 Briged. Tindakan ini telah menyebabkan kawasan kanan Leicestershire berjaya diselamatkan dari di kepung Jepun. Pertempuran berehat pada jam 1500.

27.Brig. Carpendale tersedar dari lamunannya, dia telah melakukan beberapa kesilapan. Pertahanan Jats dan Leicestershire dalam keadan yang amat kritikal. Arahan dikeluarkan kepada Leicestershire dan Jats. Jats ditugaskan untuk bertahan di kawasan Kelubi dan dibantu oleh kompeni Punjab di sungai Bata. Manakala Leicestershire di arahkan untuk bertahan di kawasan barat dan utara sungai itu. Tujuannya ialah untuk menyerang kawasan timur pada keesokan harinya.
Cadangan Brig. Carpendale..

28.Mencadangkan Brig.Lay agar pasukan East Surreys menyerang balas kawasan kiri dan utara Leicestershire. Ia dipersetujui oleh Jen. Murray Lyon. Kecuali…Pasukan East Surreys di tetapkan sebagai pasukan simpanan. Brig. Lay di arahkan mengundurkan dua kompeni East Surreys ke Kepala Batas untuk melindungi jambatan Sungai Kedah. Setelah Leicestershire dan 2/2 Gurkha bergabung dan berundur ke kawasan pengkalan udara.

29.Ternyata Brig.Carpendale ini lidah bercabang… lain yang dirancang, lain pula yang disuruh. Tiba tiba sahaja Brig. Carpendale membatalkan cadangannya itu. Ia bertujuan untuk Leicestershire menumpukan kepada tugas bertahan. Jam 1515, mereka diperintahkan berundur dari kawasan hutan di sepanjang Sungai Jitra ke jalan raya utama dan menuju ke selatan melalui Padang ke Sungai Bata. Disamping itu Jats juga berjaya diundurkan kecuali pertahanan kanan mereka yang gagal dihubungi.

30.Jam 1800, Jen. Murray Lyon tiba di Tanjong Pauh, beliau mendapat berita keadaan kelam kabut di jalan raya kerana dikatakan bahawa kereta kebal Jepun berjaya menyeberangi Sungai Bata. Beliau tiba di markas Divisyen jam 1830 dan satu laporan telah menantinya. Laporan mengatakan bahawa Leicestershire telah diserang dan Jats telah di tewaskan. Dikatakan juga Jepun telah menyerang 2/16 Punjab di Kelubi. Kajian beberapa pengkaji sejarah mengatakan bahawa laporan ini tidak benar sama sekali.

31.Dalam pada ketika itu, 3/16 Regimen Punjab dalam keadaan kritikal. Mereka tidak mampu bertahan lebih dari 3 hari. Jen. Murray Lyon berpendapat mereka patut diundurkan dari Jitra. Keputusan berundur itu dibuat pada malam itu juga ke seberang Sungai Kedah. Jam 1930, Panglima 11 Divisyen memohon permisi berundur dan membuat perlindungan di Gurun. Jam 2200 12 Disember, Jen. Murray Lyon memerintahkan agar 11 Divisyen berundur Ke Alor Setar.

32. Pada malam itu juga semua diarahkan berundur dari Jitra ke Alor Setar sejauh 15 batu dalam keadaan cuaca yang amat buruk melalui jalan utama. Penunduran yang amat perit ini dirasai oleh askar askar yang sudah hilang semangat dan keletihan. Tambahan pula mereka tidak terlatih dan terlalu muda.

33.Dalam pada itu juga, ada pasukan yang tidak menerima perintah berundur dan bertahan di kawasan mereka sehingga esok pagi. Mereka terpaksa bergerak dalam pasukan kecil dan banyak kehilangan kelengkapan perang. Ada yang berundur meredah sawah padi, paya, jalan kereta api ke Alor Setar dan ada juga melalui pantai Kedah.

Jepun di Jitra.

34.Disember 12, 1941. Jatuhnya Jitra. Malam 12 Disember.. serbuan Jepun terhadap jambatan Sungai Bata. Ia berjaya diusir semula oleh 2/2 Regimen Rifle Gurkha. Kemudian Gurkha ini meletupkan jambatan itu pada jam 0200 13 Disember. Kemudian mereka berundur ke pertahanan belakang oleh 2/9 Gurkha. Jam 0430, mereka semua berundur. Pasukan 2/6 Regimen Rifle Gurkha inilah yang terakhir meniggalkan Jitra.

tank

35.Subuh berlalu, Jepun menakluki Jitra. British telah meninggalkan 50 field gun, 50 heavy machine gun, 300 trak dan kereta perisai. Peluru dan makanan juga dirampas oleh Jepun yang mencukupi untuk satu divisyen selama 3 bulan!. Manakala askar India seramai 3000 orang menyerah diri kepada Detachment Saeki.

KESIMPULAN..

Jepun telah berjaya memalukan British. British banyak berdolak dalik dalam soal pertahanan. Pembatalan Ops Matador merupakan satu kesilapan yang amat besar.
Salam dan tabik hormat saya kepada semua warga warga veteran Kedah, datuk datuk dan nenek nenek yang masih hidup yang merasai keperitan hidup di serang dan hidup pada zaman perang. Ada antara mereka yang menjadi wira wira mempertahankan tanah Kedah bersama Malay Regiment.
Artikel akan bersambung lagi nanti. Saksikan episod akan datang.. SERANGAN KAMPAR.
Sekali lagi jutaan terima kasih kepada admin Tn Hj. Shah Paskal. Sebagai memperkayakan lagi bahan bacaan Blog MOM ini. Saya buka perbincangan kepada forumer forumer sekalian…
Sekian.

NOTA SHAHPASKAL : TERIMA KASIH FAISAL, BULAN POSA NI DEN LEBIH SUKA TIDOR DARI MENULIS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan