Rabu, 25 September 2013

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kuala ketil</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Sep 2013 03:19 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Demonstrasi Aman Masyarakat <b>Kuala Ketil</b> - Briged Kibaran Bendera

Posted: 30 Jul 2013 02:29 AM PDT

Selasa, 30 Julai 2013
Adakah mereka masih memejamkan mata, menutup telinga dan mengeraskan hati?

Mahasiswa Prihatin 3K
Sunday

SEBARKAN...
Mohon mahasiswa bersatu dan senada utk "Kekal Kuin Kuala Ketil".
-Sirru A'la Barakatillah-

Demontrasi Aman "Kekal KUIN Kuala Ketil"
Anjuran : Orang Awam dan Masyarakat Kuala Ketil.
Masa : Jam 6 ptg
Tempat : Pintu Gerbang Utama Kampus KUIN Kuala Ketil.

Jom Mahasiswa, Sahut Seruan Masyarakat, Kita Masih Mampu Kekal di Kampus ini... Jumpa petang ni...

WARIS TURUT MELUAHKAN PERASAAN MEREKA TERHADAP ISU YANG MELANDA MAHASISWA KUIN.

Adakah mereka masih memejamkan mata, menutup telinga dan mengeraskan hati?

Sekitar Demontrasi Aman Masyarakat Kuala Ketil 29 Julai 2013
Admin memohon maaf di atas kelewatan mengupdate hari ini, apa-apa pun Admin Mahasiswa Prihatin 3K sangat terharu dengan masyarakat sekeliling dan waris yang menghulurkan bantuan semangat kepada Mahasiswa Prihatin 3K. mereka inilah yang selalu mengadakan solat hajat buat Insaniah sejak awal Ramadhan yang lalu., Dengan Berkat Bulan Ramadhan, Moga doa mereka di terima Allah. Alhamdulillah syukur tentera yang d hantar illahi (Skuad Ansor Masjid Jamek Kuala Ketil).
Dipetik dari Laman FB  Mahasiswa Prihatin 3K

 Admin Mahasiswa Prihatin 3K sangat terharu dengan masyarakat sekeliling dan waris yang menghulurkan bantuan semangat kepada Mahasiswa Prihatin 3K. mereka inilah yang selalu mengadakan solat hajat buat Insaniah sejak awal Ramadhan yang lalu., Dengan Berkat Bulan Ramadhan, Moga doa mereka di terima Allah. Alhamdulillah syukur tentera yang d hantar illahi (Skuad Ansor Masjid Jamek Kuala Ketil).

KUALA KETIL: 500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.
berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.
UIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.
Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.
Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.
Kampus ini mula digunakan kira-kira setahun lalu dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu. 
Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu. 
Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.
Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.
Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).
Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.
Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.
Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan. 
Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.
Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.
Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.
Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.
Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa. 
Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini. 
Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi. Kedahkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan