02 di merbok - Google Blog Search |
BN Kekal Kemenangan <b>Di</b> Parlimen <b>Merbok</b> - MyNewsHub Posted: 18 Aug 2013 06:01 PM PDT ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di kawasan Parlimen Merbok selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen difailkan calon PKR Nor Azrina Surip yang mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kawasan itu. Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen difailkan Nor Azrina 'cacat' kerana pempetisyen gagal mengemukakan fakta penting untuk menunjukkan tindakan boleh diambil terhadap responden. "Petisyen ini cacat, fakta tidak lengkap. Saya juga tidak berhasrat membazirkan masa mahkamah untuk perbicaraan penuh. Pempetisyen juga tidak menyatakan responden pertama, kedua dan ketiga tidak mematuhi undang-undang pilihan raya yang mana?. "Mesti ada kaitan dengan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Mesti datang dengan fakta dan alasan yang lengkap," katanya. Dalam petisyen itu, Nor Azrina menamakan anggota Parlimen Merbok Dr Ismail Daut dari BN sebagai responden pertama manakala Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Merbok sebagai responden kedua dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga. Hadhariah memerintahkan pempetisyen membayar kos RM30,000 kepada Ismail dan RM15,000 masing-masing kepada responden kedua dan responden ketiga. Nor Azrina diwakili peguam Gooi Hsiao Leung, Ismail diwakili peguam Datuk Hashim Jahaya manakala responden kedua dan ketiga diwakili peguam persekutuan L.Chandra Devi, Nurulhuda Nur'Aini Mohd Nor, Nik Mohd Noor Nik Kar dan Farah Azlina Latif. – BERNAMA Anda mungkin juga meminati:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from di merbok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan