Selasa, 3 September 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


MP <b>Padang Serai</b> tak hantar soalan, bantah prosedur parlimen <b>...</b>

Posted: 29 Aug 2013 10:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos : Ahli parlimen Padang Serai, N Surendran tidak menghantar soalan ke Dewan Rakyat untuk sesi akan datang sebagai protes terhadap Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.

Menurut Surendran,  Peraturan Dewan mengehendaki ahli parlimen menghantar soalan 14 hari bekerja sebelum satu-satu sidang Dewan Rakyat diadakan.n_surendran

"Jelas niat kerajaan BN mempertahankan Arahan Tetap 22 untuk mengelak pengawasan efektif setiap tindakan Menteri BN oleh pembangkang.

"Saya tidak akan hantar soalan sebagai protes terhadap prosedur menindas BN di Dewan Rakyat," kata Surendran dalam kenyataannya hari ini.

Surendran diberitahu bahawa Setiausaha Dewan Rakyat mengarahkan semua ahli parlimen mengajukan soalan parlimen pada 3 September untuk sesi yang bermula 23 September 2013.

Justeru, amalan soalan dihantar 14 hari lebih awal menyebabkan ia tak mengikut topik, basi dan tidak efektif sebagai kaedah memantau Menteri untuk menjelaskan tindakan mereka.

"Di House of Commons England hanya tiga hari pemberitahuan diperlukan.

"Di Dewan Rakyat Australia dan Kanada, ahli parlimen boleh mengajukan soalan kepada Menteri tanpa pemberitahuan awal.

"Cara BN di Dewan Rakyat tidak konsisten dan bertentangan dengan trend badan legislatif negara Komanwel lain," kata Surendran.

Tegasnya, kegagalan mengurangkan tempoh pemberitahuan soalan bukti keengganan BN mengambil langkah demokratik paling diperlukan dalam mengendalikan Dewan Rakyat.

Tidak seperti badan legislatif di negara Komanwel lain, BN tidak memberikan masa untuk Rang Undang-undang oleh pembangkang, usul dan usaha lain.

"Saya tidak boleh berpura-pura bahawa kepentingan rakyat dilindungi dengan cara tidak efektif," tegasnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=55249

Tiada ulasan:

Catat Ulasan