Ahad, 15 September 2013

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


DUA GENG INDIA <b>DI</b> KEDAH BEREBUT KAWASAN EDAR DADAH <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2013 11:12 PM PDT


Seorang pemandu lori berketurunan India, YOGESWARAN a/l MARIAPPAN, 30, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 324 Kanun Keseksaan dan dua kes 148 Kanun Keseksaan telah ditembak oleh dua orang suspek yang menaiki motosikal dan memakai helmet bertutup penuh.

Mangsa yang merupakan seorang pemandu lori telah ditembak di Jalan Padang Serai ketika menghala ke Kongsi 14, Division Bukit Selambau semalam lebih kurang jam 5:00 petang.

Tembakan satu das itu yang dilepaskan oleh suspek, menyebabkan dia mengalami kecederaan pada jari telunjuk dan jari sebelah tangan di bahagian kanan.

YOGESWARAN sekarang ini sedang dirawat di Wad Kenanga 5 Tingkat 5 Hospital Abdul Halim.

Adalah difahamkan, mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek kerana lori yang dipandu olehnya tidak mempunyai pintu atau lori lama. Mangsa kemudiannya telah dihantar oleh dua orang rakannya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Pihak polis percaya, kejadia ini mempunyai kaitan dengan kes lampau di Bukit Lembu dan mempunyai kaitan rapat dengan kes perebutan kawasan pengedaran dadah.

Mangsa merupakan salah seorang anggota GANG 08.

Bukit Lembu merupakan kawasan panas di Kuala Muda di mana seriang berlaku pergaduhan melibatkan kumpulan GANG 35 dan GANG 08 yang bersaing merebut kawasan itu bagi pengedaran dadah. Namun begitu, pergaduhan yang berlaku, jarang dilaporkan kepada pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan