Khamis, 12 September 2013

02 di pendang - Google Blog Search

02 di pendang - Google Blog Search


panasss..! yb suraya cari mat sabu <b>di pendang</b>..???!!! - THE DUKE&#39;S <b>...</b>

Posted: 18 Aug 2013 09:37 PM PDT

Agak lama saya kurang ke Pendang sejak selesai PRU ke-13 pada awal Mei lalu. Mungkin agak sebok dengan kerjaya dan kempen politik semakin reda di seluruh negara, saya cuba melapangkan diri ke parlimen yang pernah cuba ditawan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.
Kebetulan saya gemar minum di sekitar pekan Pendang, saya bersua muka dengan beberapa "ahli parlimen kedai kopi" yang gemar berpolitik bersama segelas teh tarik di depan mereka. Agak menarik topik mereka kali ini.. "Mana Mat Sabu?"
Rupanya mereka bertanyakan dimanakah gerangannya Mat Sabu selepas PRU ke-13? Menurut mereka, sebelum PRU ke-13, Timbalan Presiden PAS itu menyewa rumah di sekitar pekan Pendang. Mereka meneka, mungkin dia nak jadi "orang Pendang"…

Kata mereka, ketika itu muka Mat Sabu lebih kerap mereka lihat berbanding bekas Ahli Parlimen Pendang, Dr. Hayati Othman. Abang Mat ke hulu ke hilir menyapa seluruh orang Pendang. Tak kira PAS atau UMNO, semua dia salam.
Pada satu ketika, Mat Sabu dikatakan pernah ke pekan "nat" (pasar hari) di pekan tersebut dan menjemput orang Pendang untuk hadir ke rumahnya. Katanya, dia mahu mengadakan kenduri doa selamat "masuk rumah baru". Mungkin Mat Sabu "serius" nak jadi "orang Pendang"…
Kelibat Mat Sabu ketika itu cukup mencuri tumpuan. Di pasar malam, di Petronas, di kedai-kedai sekitar parlimen, hatta di tepi bendang pun mereka terlihat kelibat Mat Sabu. Tapi agak kurang bayang Mat Sabu kelihatan di masjid-masjid di daerah itu…
Namun selepas PRU ke-13, tiada lagi kelibat Mat Sabu. Selesai saja diumumkan kemenangan Dato' Othman Abdul sebagai Ahli Parlimen Pendang, kelibat Mat Sabu tidak kelihatan lagi di parlimen tersebut.
Ke mana dia pergi? Dia lari ke mana? Merajuk membawa hati yang lara? Bersembunyi di "rumah baru"nya? Atau Abang Mat kita meratap hiba di celah ketiak Normah? Normah yang mana satu? Normah yang "pertama" atau yang "kedua"?
Bagaimana dengan "rumah baru" Abang Mat? Sudah ditinggalkan begitu saja? Kalau rumah tersebut dibeli, apakah Mat Sabu sudah menjual rumah tersebut? Jika disewa, apakah sewanya sekadar hanya untuk sampai selesai PRU ke-13? "Serius" benarkah Mat Sabu nak jadi "orang Pendang"?
Pada saya, sekiranya Mat Sabu benar-benar ikhlas mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat di Pendang, dia perlu berada di Pendang dan melakukan apa yang dia lakukan ketika sebelum pilihanraya berlangsung.
Sekiranya dia tewas sekali pun sebagai Ahli Parlimen, dia perlu kekal di situ bagi mengambil berat tentang puak-puak PAS yang berjuang pada PRU ke-13 tempohari. Kalau benar pun puak-puak PAS itu tidak undi Abang Mat tempohari, apa salahnya jika dia sebagai Timbalan Presiden mengambil tahu mengenai akar umbi PAS di Pendang?
Mungkin Mat Sabu fikir, jika puak PAS Pendang menolaknya, maka dia tidak perlu berkhidmat atau mengambil tahu tentang mereka di sana? Nampaknya, lepas selesai di kerah peluh keringat mereka, Mat Sabu terus tinggalkan pak-pak lebai itu?
Apa yang jelas, pak-pak lebai PAS yang suka bergebang di kedai kopi itu memang menyampah dengan Mat Sabu. "Habis madu, sepah dibuang", itu kata mereka, bukan saya. Saya hanya tersengih di meja sebelah sambil menyelak Harakah, sambil di dalam hati ketawa berdekah-dekah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan