02 di pokok sena - Google Blog Search |
PRK <b>DI</b> SG: LIMAU <b>POKOK SENA</b> KEDAH | PakKaramu Posted: 27 Sep 2013 05:00 AM PDT Pas: Muka baru penganti Azizan? SHAH ALAM - Pas tidak menolak kemungkinan akan menampilkan muka baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Sungai Limau berikutan penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman, pagi semalam. Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Badan Perhubungan Pas Kedah sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat. "Insya-ALLAH kerusi tersebut masih kekal milik Pas... kita mungkin akan menampilkan wajah baru bagi mempertahankan kerusi itu. "…Pas Pusat belum bermesyuarat hal itu, urus setia politik negeri akan membuat cadangan mengenai nama calon dan seterusnya Badan Perhubungan akan membuat keputusan, Insya-ALLAH kita tunggu sahaja keputusannya," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online di sini hari ini. Adun Sungai Limau, Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam. Jenazah beliau telah dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Sementara itu,SPR dalam masa yang sama akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi PRK di kerusi Dun Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dun Kedah. |
Bapa khuatir anak hilang selepas tidak lapor diri <b>di</b> asrama ABN <b>...</b> Posted: 24 Sep 2013 07:34 AM PDT KULIM – Seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah agama di Pokok Sena, Alor Setar dikhuatiri hilang setelah tidak melaporkan diri di asrama sejak awal bulan ini. Syihab Elfaid Abdul Kadir, 14, disedari hilang oleh ibu bapanya pada 17 September lepas setelah pihak sekolah memaklumkan dia tidak tinggal di asrama sekolah berkenaan lebih dua minggu. Bapanya, Abdul Kadir Che On, 51, dari Taman Bidara di sini berkata kali terakhir dia menghantar anak lelakinya ke terminal bas Kulim untuk pulang ke asrama itu pada 7 September lepas. "Kami benar-benar menyangka bahawa Syihab terus pulang ke asrama sekolah di Pokok Sena pada hari tersebut," katanya kepada pemberita. Abdul Kadir berkata setelah diberitahu anaknya sudah lama tidak ke sekolah, dia bergegas ke sekolah anaknya itu untuk mendapatkan maklumat lanjut. "Setiba di sana saya merasa amat terkejut dan tidak menduga sama sekali bahawa Syihab ponteng kelas dan sudah tidak tinggal di asrama sejak awal September lagi," kata Abdul Kadir. Katanya, dia telah menghubungi anggota keluarganya di beberapa lokasi sekitar Baling dan Pokok Sena namun tidak berhasil untuk menjejak anak lelakinya itu, sebelum membuat dua laporan di balai Polis Pokok Sena dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 17 September. Sementara itu, ibu pelajar berkenaan, Zurati Nayan, 39, memberitahu anak keempat daripada tujuh beradik itu lebih gemarkan aktiviti lasak dan sering bergaul dengan rakan-rakan yang lebih tua daripadanya. Zurati berkata sejak akhir-akhir ini anaknya itu sering merungut dan meminta supaya ditukarkan ke sekolah lain kerana dikatakan tidak selesa belajar di Pokok Sena. Katanya beliau dan suami akan mempertimbang untuk menukar sekolah anaknya itu dan merayu agar Syihab Elfaid segera pulang ke pangkuan keluarga. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pelajar itu diminta menghubungi keluarganya di talian 019-4572318 atau 019-4582318 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di pokok sena - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan