02 di sungai petani - Google Blog Search |
Tempat-tempat untuk membeli belah <b>di Sungai Petani</b> ( Shopping <b>...</b> Posted: 21 Aug 2013 11:16 AM PDT Kali ini sesaja nak tulis and share tentang tempat-tempat untuk membeli belah khususnya bagi kaum wanita melepaskan gian jika berkunjung ke sini. 1. Amanjaya Mall 2. Tesco Sungai Petani (U) Tesco Sg Petani utara terletak di kawasan Lagenda Heights, berdekatan dengan kawasan perumahan Taman Ria. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti tempat makan, petrol station,bank, kedai buku, kedai roti dan juga kedai 24 jam Seven Eleven serta kedai mamak Nasmir dan Restoran Makbul.
3. Village Mall Village Mall antara yang mendapat tempat dihati anak-anak muda untuk menonton wayang serta membeli belah. Terletak berdekatan dan bersebelahan dengan Tesco Utara. Bolehlah singgah kalau datang area sini. 4. SP Plaza Bangunan membeli belah ini terletak di tengah pusat bandar Sungai Petani berhampiran dengan landmark Sungai Petani iaitu Menara Jam Besar dan Dataran Zero Kilometer. 5. Central Square Sungai Petani Pusat membeli Central Square Sungai Petani antara destinasi membeli belah yang popular bagi remaja dan orang muda di sini.Pelbagai barangan boleh didapati disini seperti alat telekomunikasi, kedai komputer, pejabat pos, farmasi, kedai emas, kedai makanan segera KFC, McD dan PizzaHut. 6. Tesco Sungai Petani Selatan Tesco Sungai Petani Selatan terletak dekat di kawasan perindustrian Bakar Arang berhadapan dengan Kilang Sharp Bakar Arang. Pusat membeli belah ini berdekatan dengan Tol Sungai Petani Selatan. 7. Giant Hypermarket Sungai Petani Pasaraya Giant terletak di persimpangan lampu isyarat susur keluar dari Lebuhraya PLUS exit Sg Petani Selatan. Lokasi strategik bagi penduduk di kawasan sekitarnya seperti Tikam Batu, Taman Sejati, Taman Semarak, Batu Lintang dan Bakar Arang 8. Parkson Sungai Petani Selain dari itu jugak terdapat lain-lain tempat membeli belah yang terdapat di Sungai Petani seperti Jika inginkan suasana membeli belah disebelah malam bolehlah singgah di Uptown Sungai Petani yang dibuka pada hujung minggu. Uptown ini terletak ditengah-tengah pekan Sungai Petani berdekatan dengan Bank Rakyat/Telekom dan Pejabat Agama Sungai Petani. Harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli disini. Datang jangan tak datang.... |
You are subscribed to email updates from di sungai petani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan