ads

Isnin, 2 September 2013

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


INFO! Kerajaan <b>negeri Kedah</b> Dalami Pengunaan Tenaga Solar <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 06:12 AM PDT

Kerajaan Kedah merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai pengguna tenaga solar berikutan Kedah kini menjadi pengeluar panel solar secara besar-besaran, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya sebagai permulaan kerajaan negeri akan memasang panel solar di bangunan kerajaan negeri dalam usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedia ada.

Mukhriz berkata Kedah boleh dikatakan antara pengeluar panel solar terbesar di dunia dengan adanya dua syarikat pengeluar panel solar yang besar di Kulim Hi-Tech Park di sini, oleh itu tiada alasan untuk Kedah tidak menggunakan tenaga solar.

"Memandangkan Kedah kini menjadi pengeluar dan pengeksport panel solar dalam skala yang sangat besar, menjadi harapan saya agar Kedah turut menjadi pengguna panel solar. Kita tiada alasan. Panel ini dikeluarkan di Kedah.

"Jelas bahawa Kedah juga perlu menggunakan produk ini. Mungkin secara kebetulan, Kedah sebuah daripada negeri terbaik di Malaysia dari segi (cahaya) matahari. Kami sudahpun merancang untuk memanfaatkan panel solar di dalam bangunan kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat ke Panasonic Energy Malaysia Sdn Bhd di Kulim Hi-Tech Park di sini hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri turut meneliti cadangan untuk memasang lampu LED di dalam bangunan kerajaan negeri.

"Saya harap gabungan panel solar dan LED akan membantu mengurangkan penggunaan tenaga kita. Biasanya ia memerlukan satu pihak memulakan dulu kemudian yang lain ikut. Ini perkara baik. Saya harap ia akan menjadi contoh kepada pihak lain termasuk swasta," katanya.

Mukhriz berkata ada juga cadangan supaya panel solar itu dipasang di rumah kampung bagi membekalkan elektrik di kawasan kampung.

"(Selain untuk kegunaan) selebihnya boleh dimasukkan ke grid TNB (Tenaga Nasional Berhad). Selain kurangkan perbelanjaan untuk tenaga, mungkin ada sumber pendapatan bagi tuan rumah daripada penjanaan guna tenaga solar yang dimasukkan ke grid TNB," katanya. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved