Jumaat, 25 Oktober 2013

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


Polis Tahan &#39;Datuk&#39; Larikan 4 Pelajar Ke Hutan <b>Di Baling</b>

Posted: 17 Oct 2013 01:03 AM PDT

  
Thursday, 17 October 2013 16:03

BALING: Polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes empat pelajar yang dilaporkan hilang selepas dibawa memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini pada petang Selasa lalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, ASP Nazir Osman berkata, mengesahkan lelaki berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di rumahnya hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan empat pelajar hilang selepas dibawa oleh seorang lelaki bergelar 'Datuk' memasuki kawasan hutan di Bukit Wang Kerbau berhampiran kaki Gunung Inas di sini kelmarin, ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Mangsa iaitu Mohd. Hafiz Ridzuan, 14, Ainaa Nadia Mat Dahari, 14, Ahmad Mohamad Mat Dahari, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, ditemui dalam keadaan selamat di Lata Lubuk Buluh pada pukul 7.30 malam iaitu kira-kira enam kilometer dari kaki gunung tersebut.

-Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan