Selasa, 29 Oktober 2013

02 di jerai kedah - Google Blog Search

02 di jerai kedah - Google Blog Search


HOT! Pakatan Jahat <b>Di</b> Atas Gunung <b>Jerai</b>! - <b>Kedah</b> Ke KL - Blogger

Posted: 28 Oct 2013 11:45 PM PDT

Nampaknya SUHAKAM kononnya memperjuangkan hak asasi membuat pakatan jahat dengan puak Pas di puncak Gunung Jerai.

Shah Alam Rebel mendedahkan segalanya, mengenai Pakatan jahat tersebut,

Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian.

Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Soalnya, apakah peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan kemenangan Pas di kawasan ini?

Ataupun, mereka turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? Difahamkan terdapat 24 unit penginapan dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu.

Jika benar, terbukti bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. Dan penulis percaya, SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang.

SUHAKAM bukan diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang berjaya.

Dengan pendedahan ini, terbukti SUHAKAM sememangnya entiti sah yang bergerak untuk menjahanamkan Kerajaan dibawah nama hak asasi. Sepatutnya mereka bertindak adil untuk semua, tetapi mereka menjadi sebaliknya.

Nampak sangat SUHAKAM pro Pakatan Haram!

McTheory:
Tak boleh pakai puak ni.. sembang saja lebih!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan