02 di kuala ketil - Google Blog Search |
FADILAT PUASA <b>DI</b> BULAN ZULHIJJAH | <b>Kuala Ketil</b> Posted: 11 Oct 2013 08:43 PM PDT Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra: Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari 'Arafah. Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari 'Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith: Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari 'Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di 'Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim) Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa'ie; at-Thabrani dari Aisyah r.a) Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang ertinya : "Tiada daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah)." Para sahabat bertanya : Wahai Rassulullah! dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Hari Pertama Zulhijah (06/10/13) Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya. Hari Kedua Zulhijah (07/10/13) Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah. Hari Ketiga Zulhijah (08/10/13) Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya. Hari Keempat Zulhijah (09/10/13) Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahannya dan kefakirannya dan pada hari Kiamat bersama orang yang baik dan mulia. Hari Kelima Zulhijah (10/10/13) Nabi Musa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia bebas daripada kemunafikan dan seksa kubur. Hari Keenam Zulhijah (11/10/13) Allah membukakan kebaikan untuk Nabi-Nya. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka Allah memperhatikan padanya dengan kasih sayang dan dia tidak diseksa semudah itu. Hari Ketujuh Zulhijah (12/10/13) Semua pintu neraka jahanam ditutup dan tidak dibuka-buka sehingga berlalu hari-hari yang 10 itu. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghindarkan daripada 30 pintu kesukaran dan membuka 30 pintu kemudahan. Hari Kelapan Zulhijah (13/10/13) Dinamakan juga Hari Tarwiyah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah sendiri. Hari Kesembilan Zulhijah (14/10/13) Disebut juga hari tebusan dosanya pada tahun itu yang lepas dan yang akan datang. Pada hari inilah turunnya ayat Al-Quran yang terakhir bermaksud: "Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan Aku sempurnakan pula nikmat-Ku kepadamu." Hari Kesepuluh Zulhijah (15/10/13) Hari Raya Aidiladha. Sesiapa berkorban dengan satu korban, mulai titisan darah yang jatuh di tanah, Allah mengampuni semua dosanya dan keluarganya. Sesiapa yang memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada Hari Kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud. Banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita puasa pada hari-hari berikut. Tapi ingat, ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t. kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Sesungguhnya Allah s.w.t tidak mahu menerima amalan, kecuali dari orang yang ikhlas dan semata-mata mencari keredhaan-Nya". -Riwayat Abu Daud dan An Nasaie- Sumber : kfhijarahhouse.blogspot.com / faina989.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from di kuala ketil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan