Selasa, 1 Oktober 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Al Fatihah buat Ustaz Azizan dan mendung <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 26 Sep 2013 06:10 AM PDT


Assalamualaikum wbt..
Semoga roh Ustaz dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin.

Ditakdirkan Encik Suami pulang ke SP malam tadi kerana ada majlis perpisahan di HQ Alor Setar hari ini. Sebaik berita pemergian Ustaz Azizan diketahui, selesai majlis, dalam jam 2, dia ke Pokok Sena untuk menziarahi jenazah mantan MB Kedah itu. 5 tahun bertugas di negeri Kedah, kerap bersama dalam majlis yang turut dihadiri oleh Allahyarham Ustaz Azizan.  Suasana jam 3 petang. Masa ni, senang nak parked kenderaan. Masuk menziarahi jenazahnya di dalam markas di Pokok Sena. Namun setakat ini saja gambar yang mampu diambil. Alhamdulillah...dapat lihat jenazahnya dengan dekat (bumbung hijau) Jam 3 petang..cuaca mendung macam nak hujan..Alam seolah-olah turut bersedih. Alfatihah...

P/S  5 tahun dibawah pemerintahan Allahyarham MB Ustaz..


LagunaMerbok: Ziarah pusara Allahyahram Us. Azizan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2013 09:10 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah. ..semalam saya berkesempatan menziarahi pusara Allahyahram Dato ' Seri Diraja Tan Sri Us. Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah  di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena.
Perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama kerana jalan sesak teruk selepas pekan Pokok Sena.
Apabila sampai saya terus ke pusara arwah. Kelihatan ramai lagi yang menziarahi pusara arwah walaupun waktu dah hampir senja.
Semasa hayatnya, saya pernah beberapa kali bertemu dengan arwah. Kali terakhir ketika kenduri kahwin anak beliau yang diadakan di Kompleks Pas Kedah yang terletak di kampung saya. Seluruh kampung dijemput oleh beliau.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh kawan dan lawan.
Semoga rohnya ditempatkan bersama - sama orang yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan