Isnin, 21 Oktober 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Baling: Azeez kekal ketua, Ahmad Lebai tewas <b>di Pokok Sena</b>

Posted: 19 Oct 2013 09:01 PM PDT

ALOR SETAR 20 Okt. - Datuk Abdul Azeez Rahim mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling pada pemilihan kepemimpinan baharu parti itu semalam.

Dalam keputusan yang diperoleh kira-kira pukul 9 pagi ini, Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling mengekalkan jawatan berkenaan dalam saingan dua penjuru menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Jawatan Timbalan Ketua bahagian itu pula diisi oleh ADUN Kupang, Harun Abdul Aziz manakala bekas Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah memenangi jawatan Naib Ketua.

Sementara itu, kejutan berlaku di UMNO Bahagian Pokok Sena apabila Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga ADUN Bukit Lada gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian setelah tewas kepada Said Ali Said Rastan yang sebelum ini timbalannya.

Bekas ADUN Bukit Lada, Datuk Ariffin Man membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan Timbalan Ketua Bahagian itu manakala jawatan Naib Ketua diisi oleh bekas Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena, Haris Che Mat. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan