Jumaat, 4 Oktober 2013

02 di pokok sena - Google Blog Search

02 di pokok sena - Google Blog Search


Pelajar Tingkatan Lima maut kemalangan <b>di Pokok Sena</b> | OhMasa <b>...</b>

Posted: 19 Aug 2013 12:17 AM PDT

images (2)

images (2)

POKOK SENA: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikalnya merempuh sebuah lagi motosikal di simpang Penjara Pokok Sena di sini, malam tadi. 

Mangsa, Fatullah Mohamad, 17, dikatakan dalam perjalanan dari Alor Setar pada jam 10.05 malam untuk pulang ke rumahnya di kampung Padang, Pokok Sena selepas membeli buku latihan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Pegawai Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, T Tivagaren, berkata mangsa maut selepas merempuh sebuah lagi motosikal apabila hilang kawalan semasa membelok di persimpangan itu. 

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa rempuhan yang dikenali sebagai Rizal Abdullah yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Abdullah, 50, berkata pada petang kejadian itu anaknya ada memohon maaf daripadanya sebelum keluar ke Alor Setar. 

"Sebelum ini, dia ada minta maaf kat abang dia dan dekat saya pun dia minta maaf petang tadi. Pada sebelah pagi, dia hanya duduk di rumah untuk siapkan kerja sekolah sebelum keluar membeli buku," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan