Selasa, 1 Oktober 2013

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


Punca keracunan makanan <b>di</b> majlis kahwin <b>Sungai Petani</b> - Nur Ikaa

Posted: 01 Oct 2013 10:14 AM PDT

"Punca keracunan makanan di majlis kahwin di Sungai Petani Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk ", kata Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat.
Menurut laporan sumber berita, sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. Tiga orang daripada jumlah hadirin yang hadir ke kenduri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu meninggal dunia manakala dua lagi dalam keadaan kritikal dan punca dipercayai akibat keracunan makanan.
Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan.
Tambah laporan semasa lagi, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan. Daripada  jumlah 114 orang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang. Kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang. Di Hospital Yan, seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.
Punca keracunan makanan tersebut disebabkan oleh Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
 Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik," katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.

Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

"Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella," katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.

"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.



Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan