Rabu, 23 Oktober 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


Kenduri Beracun <b>di Tanjung Dawai</b>, Pembekal Ayam Tidak Boleh <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2013 02:29 PM PDT

maut

Empat orang terbunuh kerana makan kenduri di Kampung Huma, Tanjung Dawai. Berpuluh-puluh yang lain tersadai di katil dan dilantai dua hospital di Kedah. Semuanya berpunca daripada bekalan ayam daripada salah satu pembekal untuk majlis berkenaan.

Pastinya ramai yang menuding kepada tuan rumah dan tukang masak. Namun pastinya yang perlu lebih bertanggungjawab adalah pembekal ayam yang mengaut keuntungan besar dalam tragedi yang meragut nyawa tersebut.

Kes ini merupakan satu jenayah kejam yang bermotifkan keuntungan wang ringgit. Kes ini tidak boleh dianggap sebagai satu tragedi dan kemalangan, sebaliknya ia perlu dirujuk dan ditanggapi sebagai satu kes jenayah.

Tuan rumah perlu membuat laporan polis dan mengheret pembekal ayam yang telah membekalkan bangkai untuk dimasak dan dimakan para tetamu dalam majlis kenduri tersebut. Pembekal ayam berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya dengan jenayah yang telah dilakukannya.

Sebelum ini kita banyak mendengar cerita tentang pembekal daging ayam yang telah menyembelih bangkai ayam dan kemudian dijual kepada para pelanggan demi mendapatkan keuntungan besar. Dalam hal ini, para pembekal yang tidak bertanggungjawab itu, langsung tidak menghiraukan tanggungjawab sosial mereka, sebaliknya hanya memikirkan tentang keuntungan besar yang boleh diperolehi, terutama sekali ketika permintaan tinggi seperti pada musim perayaan dan pada ketika kenduri perkahwinan.

Walau apa pun alasan yagn diberikan, yang pastinya, pembekal-pembekal daging ayam untuk kenduri perkahwinan di Kampung Huma itu merupakan pihak yang bertanggungjawab di atas pembunuhan enam orang mangsa bangkai yang dijual oleh mereka. Penjenayah itu tidak boleh dibiarkan bebas memandangkan dalam beberapa hari sahaja lagi, sambutan Aidil Adha pula akan berlangsung dan sekali lagi mereka akan membekalkan BANGKAI AYAM untuk dinikmati oleh umat Islam memandangkan ia adalah keuntungan yang amat besar.

Cuma yang agak malang ialah, mengapa golongan yang sepatutnya beragama Islam, langsung tidak peduli dengan tatacara serta kewajipan-kewajipan ketika mengadakan urusniaga sepertimana yang diajarkan oleh Islam hanya semata-mata kerana keuntungan besar, sebagaimana yang berlaku di Kampung Huma?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan