Sabtu, 5 Oktober 2013

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


KENDURI MAUT <b>DI TANJUNG DAWAI</b>: Ayam Busuk Jadi Punca <b>...</b>

Posted: 01 Oct 2013 09:03 PM PDT

Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian, BERNAMA dipetik. 

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. 

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. 

Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa. 

"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella.Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya. 

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk. 

"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya. 

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). 

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia. 

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang. 

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin. 

Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbokdisahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin.

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang. 

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang. 

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. 

Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

maut

TERBARU…

Seorang lagi mangsa keracunan makanan rumah kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), malam ini. 

Mangsa, Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak pagi semalam. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Ismail Abu Taat berkata, warga emas yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok itu berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan di HSAH semalam. 

"Dengan kes terbaharu ini, ia menjadikan jumlah mangsa yang meninggal dunia akibat keracunan makanan dalam majlis kenduri berkenaan meningkat kepada empat orang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menemani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain melawat mangsa-mangsa keracunan makanan di HSAH di sini malam ini. 

Semalam, tiga dilaporkan maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai pada Sabtu lalu. 

Nurshazana Mohd. Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 1 petang, manakala Mohd. Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut maut ketika mendapat rawatan di Hospital Yan. 

Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, dari Kampung Huma meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH. 

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri berkata, pihaknya mengucapkan takziah terhadap keluarga mangsa terlibat. 

Beliau berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kematian mangsa sebanyak RM1,000 seorang dan RM200 seorang bagi mangsa yang dimasukkan ke wad. 

Tambahnya, beliau juga merupakan antara tetamu dalam majlis kenduri tersebut pada pagi Sabtu lalu. 

"Selepas makan kenduri, saya terus beredar ke Kuala Lumpur untuk urusan rasmi. Namun, saya bersyukur kerana tidak menghadapi keracunan makanan kerana difahamkan hanya tetamu yang makan kenduri sebelah petang menjadi mangsa," katanya.-UTUSAN

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan