ads

Khamis, 3 Oktober 2013

02 di yan kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Keracunan Makanan Kenduri Kahwin <b>Di Kedah</b> - 3 Maut Dan 66 <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 08:33 PM PDT


Alor Setar: Hidangan ayam masak merah dipercayai menjadi punca tiga tetamu termasuk seorang budak lelaki meninggal dunia apabila mengalami keracunan makanan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Sabtu lalu.

Terkini - Senarai Nama Yang Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan Di Kedah Di SINI

Mangsa dikenali Mohd Nor Rahmat Yusuf, 11, dari Kampung Singkir Laut, Sungai Petani, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Bahasa Arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak Nurshazana Mohd Rashid, 24 dan seorang warga emas dari Kampung Huma, tanjung Dawai, Sungai dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62.



Setakat ini, dua lagi lelaki termasuk seorang kanak-kanak dipercayai turut mengalami keracunan makanan dan dilaporkan berada dalam kritikal di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Sehingga jam 8 malam tadi, 35 orang masih menerima rawatan di HSAH; 30 orang lagi dirawat di Hospital Yan; seorang lelaki berusia 21 tahun dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, manakala empat orang dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar di HSB.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata, tiga mangsa berkenaan meninggal dunia apabila dipercayai mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan di majlis kenduri kahwin yang dilakukan secara bergotong-royong itu.

Menurutnya, semua mangsa yang meninggal dunia dikesan mengalami simptom muntah dan cirit birit hingga menyebabkan berlaku dehidrasi serius, bagaimanapun pihaknya sedang mengenal pasti punca sebenar yang berlaku untuk tindakan selanjutnya - Harian Metro

Terkini dari ABN News

Lebih 170 orang terima rawatan akibat keracunan makanan
SUNGAI PETANI – Lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas sehingga berlaku tiga kematian semalam, telah dan sedang dirawat di tiga hospital berdekatan.
Sehingga kini, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan.
Ahli Parlimen Merbok, Prof Dr Ismail Daut berkata daripada 114 orang itu, 78 daripada mereka telah dibenar pulang dari HSAH.
"Kebanyakan daripada mangsa terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang," katanya ketika melawat mangsa yang dirawat di HSAH hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan sejak awal pagi semalam.
Sementara itu, jurucakap Hospital Yan pula berkata seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.
Semalam, tiga dilapor maut ekoran keracunan makanan selepas menghadiri majlis perkahwinan di Tanjung Dawai Sabtu lepas.
Nurshazana Mohd Rashid, 24, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong pada pukul 12.45 tengah hari manakala Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 tengah hari ketika dirawat di Hospital Yan.
Mangsa ketiga, Ibrahim Mohammad, 62, yang berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu meninggal dunia pada pukul 6.30 petang di HSAH.
Ismail berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung kejadian itu.
"Berdasarkan makluman mangsa dan tuan rumah sendiri, tiada unsur khianat wujud. Namun, kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan," katanya.
Ismail berkata, pihak berkuasa termasuk Jabatan Kesihatan negeri sedang menjalankan siasatan mengenai punca kejadian. – Bernama

Fyna Here!: MUA : makeup nikah <b>di yan kedah</b> 04.04.13

Posted: 19 Apr 2013 08:21 PM PDT

best makeup kalini sebab rumah di tengah sawah bendang
makeup kalini soft saja for nikah

http://www.facebook.com/KiddyKiddoKlik?fref=ts
untuk tengok my makeup job yang lain-lain atau sebarang pertanyaan/tempahan boleh ke
email : fynahere85@yahoo.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved