Selasa, 15 Oktober 2013

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


sangkakalajari9: HARI KOPERASI NEGARA <b>DI NEGERI KEDAH</b>

Posted: 23 Aug 2013 07:58 PM PDT

Semalam telah bermula sambutan hari koperasi negara yang diadakan di negeri Kedah.

Sangkakala dengar macam macam acara juga diadakan disana dari semalam hingga esok.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila klik pautan di bawah dan pembaca semua boleh mendapat maklumat.

http://bit.ly/17RGXKk

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pisau <b>Kedah</b>: Hot !!! EXCO Kerajaan <b>Negeri Kedah</b> Yang Menternak <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2013 11:20 PM PDT

Kelmarin Pisau Kedah ada memaparkan tentang satu email yang menceritakan perihal seorang EXCO menternak "Barua Pembangkang" sebagai penasihatnya. (Klik Sini)

Nak tahu siapa EXCO terbabit ?? .. Mai baca email yang terbaru yang mendedahkan siapakah EXCO terbabit.

Oleh Insan Pena

Kerajaan Kedah Wajib Ambil Peduli Pendedahan Ini
Siapa dibelakang isu lantikan Rektor KUIN?

Kenapa bukan calon dari bidang Pengajian Islam yang diletakkan?

Dah lupa pada janji anda untuk memartabatkan program asal KUIN?

Apa peranan Kementerian dalam mengatur Rektor KUIN?

Sejak bila perlu ada panel temuduga untuk jawatan tersebut?

Eh punyalah temuduga tengok-tengok calon yang dipilih tak ada Dr. Tak letak atau memang tak ada?

Rektor adalah bekas orang Kementerian. Temuduga oleh Wakil Kementerian. Tak pelik ke?

Apa pula peranan Sayuthi Sanusi dalam perancangan ini? Kenapa beliau ada semasa proses temuduga berlangsung? Kenapa perlu hadiri Sidang Dun sedangkan Jawatan beliau hanya Pengarah Hal Ehwal Akademik? Sepanjang hidup Sayuthi ni pernah ke UNDI BN? Siapa Mak Bapak dia? PAS ke UMNO?
Dato Tajul terlibat sekali? Apa peranan Dato Tajul? Selalu sangat bersama Sayuthi ni ada apa-apa ke? Tajul ni tak kenal siapa Sayuthi ini. Dia ni pendokong kuat Rektor lama dan Kerajaan lama. Dia ni PAS takok. Sayuthi ini adalah orang yang bertanggungjawab berkaitan Hal Ehwal Akademik dan selalu terlibat dengan pihak Kementerian. Adakah beliau terlibat dalam percaturan Rektor KUIN?


Orang PAS tukar baju UMNO terus tajul percaya. Sebelum PRU ni Tajul tak tahu ke isu KUIN? Jawapan dalam sidang DUN hebat. Terduduk pihak lawan. Tetapi sedarkah anda maklumat yang diperolehi itu dari siapa? Sayuthi hanya menyerahkan kepada anda sedangkan maklumat tersebut telah pun disampaikan kepada MB sebelum itu lagi. 

Anda tak tahu isu KUIN tak perlu tunjuk pandai. Apa peranan Sayuthi dan Tajul dalam isu Fakulti Perubatan KUIN? Kenapa Mahsa diketepikan sedangkan mereka telah pun mendapat surat tawaran rasmi? Siapa dalang dari dalam Kuliah Perubatan KUIN? Kami tahu semuanya. Bersediakah MB Kedah untuk menjawab dan mempertahankan EXCO ini?
Rektor baru tapi pembantu dan pemandu Rektor tersebut, masih mengekalkan yang lama. Apa permainan politik yang cuba mereka mainkan disini? Bila orang tegur taknak dengar, jangan sampai KUIN rosak buat kali kedua!

Ooo..oo.. EXCO terbabit si Tajul rupanya...EXCO Pelajaran merangkap Ketua UMNO Bahagian Merbok

Takkan kot si Tajul ni buta IT sampai tak tahu dan tak selidik langsung siapa yang dilantiknya menjadi penasihat tu ?.

Kalau nak diikutkan nama Sayuti Sanusi ni dah banyak kali didedahkan sebelum PRU13 sebab merupakan diantara makhluk yang bertanggungjawab merosakkan KUIN semasa zaman bekas Rektor, Jamil Osman.

Agak malang la nasib Kerajaan Negeri didalam hendak memulihkan kembali KUIN sekiranya perkara ini dibiarkan saja.. Melantik diantara individu yang bertanggungjawab memusnahkab KUIN sebagai penasihat didalam hendak memulihkan kembali KUIN merupakan satu tindakkan yang kurang bijak.

Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Jabatan Perhutanan <b>Negeri Kedah</b>

Posted: 08 Aug 2013 12:56 PM PDT

Jawatan Kosong 2013 di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

Jawatan Kosong 2013: Sektor perhutanan Negeri Kedah merupakan salah satu daripada penyumbang utama kepada hasil negeri. Sektor perhutanan juga menyediakan hampir 6550 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini melalui aktiviti pengusahasilan hutan dan industri berasaskan kayu.

Sehubungan dengan ini, kawasan hutan di Negeri Kedah perlu diuruskan dengan sempurna dan sistematik demi mengekalkan kepentinganya kepada alam dan manusia. Atas dasar inilah, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Jabatan Perhutanan Negeri pada tahun 1923 (Edward, 1950).

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3 di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman.

  1. (a)        Jawatan                      : Pekerja Awam Khas Gred R3

(b)        Jabatan                       : Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman

Bilangan kekosongan : Dua Puluh Tujuh (27) (lelaki sahaja)

  1. Cara memohon
    (a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan– PHNK 01/2013 berharga RM 1.00 dan boleh didapati di alamat seperti berikut :

    Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
    Tingkat 8, Bangunan Sultan Abdul Halim
    Jalan Sultan Badlishah
    05000 Alor Setar

    (b) Borang permohonan yang telah dilengkapkan diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat 32sm x 22sm dan ditulis NAMA JAWATAN DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT DENGAN MENYERTAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISAHKAN:

    (i) Sekeping gambar berukuran passport;
    (ii) Salinan Kad Pengenalan;
    (iii) Salinan Lesen Memandu yang dimilki;
    (iv) Salinan Sijil Kelahiran;
    (v) Salinan Sijil/KelulusanSekolah; dan
    (vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

    (c) Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan DITOLAK :

    (i) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
    (ii) Tidak lengkap atau tidak terang;
    (iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
    (iv) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat; dan
    (v) Borang tidak ditandatangani.

    (d) Permohonan hendaklah sampai pada jam 12.00 Tengahari di alamat berikut sebelum atau pada 1 Sept 2013.

    Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
    Tingkat 8, Bangunan Sultan Abdul Halim
    Jalan Sultan Badlishah
    05000 AlorSetar

    Klik sini untuk maklumat dan sumber jawatan kosong 2013 ini.

    ———————————————————————————————-

    Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
    ->> http://bit.ly/QH82aX

    ———————————————————————————————–

    Jawatan Kosong 2013

You can leave a response, or trackback from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan