ads

Selasa, 12 November 2013

02 di kulim - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


Sepuluh kampung <b>di Kulim</b> dilanda banjir kilat, 200 <b>...</b> - Kosmo

Posted: 20 Oct 2013 10:24 AM PDT

Sepuluh kampung di Kulim dilanda banjir kilat, 200 penduduk dipindahkan

Sepuluh kampung di Kulim dilanda banjir kilat, 200 penduduk dipindahkan

20/10/2013 1:50pm

KULIM - Sepuluh buah kampung dan taman perumahan dalam empat mukim di daerah ini dilanda banjir kilat akibat hujan lebat petang semalam, menyebabkan 200 penduduk dipindahkan malam tadi.

Hujan lebat sejak pukul 3 petang itu, menyebabkan beberapa kawasan di Mukim Sungai Seluang, Mukim Nagalilit, Mukim Lunas dan Mukim Karangan dinaiki air sedalam satu hingga 2.5 meter.

Antara kampung yang teruk dilanda banjir di empat mukim itu adalah Kampung Bukit Sarang, Kampung Paya Serdang, Kampung Batu 8, Kampung Sungai Limau, Taman Sang Kancil, Kampung Padang Limau dan Batu Putih.

Banjir kilat itu menyebabkan laluan dari daerah ini ke Padang Serai, Baling dan Mahang dan laluan Kulim-Padang Serai terputus hubungan malam tadi hingga kira-kira 5.30 pagi ini namun laluan kini boleh dilalui kenderaan.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kulim, Rohana Yusuff berkata, sembilan pusat pemindahan telah dibuka bagi menempatkan mangsa banjir berkenaan.

Kata Rohana, antara pusat pemindahan itu adalah di Sungai Kob, Kampung Padang Limau, Dewan Masjid Sungai Seluang, Surau Bukit Sarang Ayam dan Sekolah Kebangsaan Pagar Museh.

Menurut Rohana, ada antara mangsa banjir telah pulang ke rumah masing-masing pagi ini dan pihak JKM turut menyalurkan bantuan makanan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh berkata, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim dan Hitech Park membantu memindahkan penduduk berkenaan. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved